Apa itu rukhsah?
Ia bermaksud keringanan..
Dan seperti yang kita tahu, Islam itu mudah..
dan ini..
Sheikh al-Muhaddith Muhammad Nashiruddin Al-Albani berkata: “Setelah mengetahui perkara itu, seseorang tidak boleh lagi berbelah bahagi untuk menerima rukhsah (keringanan) ini selepas tsabit hadis mengenainya. Lebih-lebih lagi setelah para sahabat melakukannya.” (Rujuk Risalah al-Mas-hu ‘Ala al-Jaurabain, m/s. 54)
Ini bermaksud keringanan yang telah diberikan ini mestilah kita terima dan gunakan jika kita berada dalam situasi yang membenarkannya..
Salah satu contoh rukhsah ialah solat Jama' (dua solat dikumpul di dalam satu waktu) dan Qasar (rakaat dipendekkan)..
Antara rukhsah lain yang juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian ialah KHUF..keringanan yang diberikan untuk berwuduk..dengan tidak perlu membuka kasut atau stokin..
keringan ini diberikan untuk orang yang bermukim dan juga orang yang bermusafir..
syarat umumnya Khuf (eg: kasut) dipakai setelah pemakai berada dalam keadaan bersuci (berwuduk).
jadi selepas itu, setiap kali hendak berwuduk, tidak perlu lagi membuka kasut/stokin, hanya perlu menyapu di ATAS (bukan di bawah) kasut/stokin tersebut.
dah cukup tiga minggu aku berada di Erzurum, berwuduk menjadi satu cabaran..sejuknya Tuhan saje tahu..suhu boleh mencecah -10 degrees at night..camane la aku boleh lupa pasal KHUF ni..
belajar masa sekolah dulu..lupa plak nak diaplikasikan..
jadi pagi ini, aku terus GOOGLE pasal KHUF ni..dan aku jumpa dua blog yang telah menerangkan dengan jelas apa yang aku perlu tahu dan telah meleraikan masalah aku..alhamdulillah..terima kasih kepada penulis blog yang telah berkongsi ilmu tersebut.. sila klik sini dan sana untuk mendapatkan penjelasan lanjut..aku sarankan pembaca membaca link yang dicadangkan untuk menambah ilmu di dada..ILMU diamal IMAN ditingkat kan?? kan??
dan YA, ini bermakna SILA SOLAT walau di mana anda berada..
tiada pengecualian..kerana RUKHSAH telah disediakan..ingat ye kawan2..
No comments:
Post a Comment