Sedap pulak album baru Sami Yusuf yang terbaru..Dr. Kamil yang bagi last week..
tak pastilah samada yang ini versi 'sah' atau 'tidak sah'..tu kena tanya muni..
Muni: akak dengar aje, tak tengok gambar pun tau..by the way, akak dah jumpa dah kembar Sami Yusuf semalam...masa akak jalan sorang-sorang layan perasaan..hihi..(saje nak bagi jeles..tapi betol, memang jumpa pun..) kat fakulti mane ntah..
macam-macam version dah aku jumpa..iras Shah Rukh Khan, Shashi Kapoor, KGB agent..erm..kenyang la..aku jumpa triplets, erm..benarlah kata pepatah jauh perjalanan, luas pengalaman..
mungkin dalam posting sebelum ni aku banyak merapu..tapi kali ini nak cerita lain sikit..
(Sami Yusuf tengah nyanyi lagu Munajat..sesuai dengan mood menulis)
Minggu lepas adalah salah satu minggu mencabar buat aku..di mana aku terpaksa melawan dengan diri sendiri..dengan erti lain, diri sendiri merupakan musuh utama..
Minggu lepas kami buat trial untuk SSR..selama tiga hari aku pulang malam..SSR adalah sebab utama aku berada di sini..untuk belajar SSR..
Jadi minggu lepas, terlintas di kepala aku..Apa kes terbang beribu-ribu KM nk belajar SSR?? kenapa la aku boleh mintak nak belajar SSR?? nape? nape? huhu.
Sebenarnya aku mula rasa tercabar apabila...
Pensyarah desak aku suruh aku betul2 tangkap, paham semua benda yang diajar, menyuruh aku bertanya sebanyak mungkin supaya aku betul-betul paham..
tapi pengajar (demonstrator) buat demo di dalam bahasa Turki..
Demo yang ku pikir hanya dijalankan untuk aku SEORANG dimeriahkan dengan kehadiran pelajar-pelajar lain..
Panas hati aku separuh hari menahan marah..cuba merasionalkan diri..aku yang sepatutnya belajar benda tu, tapi ada orang2 lain berada di situ, memeriahkan lagi bahasa tempatan, jadi sukar untuk aku menyampuk, bertanya..kerana soalan mereka pun dah banyak, ditambah pulak dengan sesi terjemahan untuk aku akan melambatkan proses demo tersebut. ada masa-masa tertentu, semua orang sebok nak tengok prosedur tu, aku pulak ditolak ke tepi..aku dah la pendek, nak intai pun tak nampak..
SABAR..itu je yang aku boleh cakap..hanya SABAR...
Kalau ikut panas hati aku, aku nak aje tinggalkan makmal tu, balik umah tido...lagi best..
serius..memang nak marah pun ada..tapi nak marah pun tak boleh, sebab aku sendiri belum cukup paham dengan etika kerja mereka..jadi aku simpan aje la...huhu..
lari dari masalah adalah satu tindakan tidak matang, tindakan yang akan memalukan diri aku khasnya dan Malezya amnya..sure mereka akan kata aku 'hampeh' di dalam bahasa turki..
jadi ku gagahkan juga, ku turutkan semua proses, walaupun aku banyak juga keciciran..mana tak nya..aku baru nk catat nota, mereka dah mulakan proses seterusnya..sehinggalah ke proses terakhir..aku duduk situ..kuatkan semangat..nak menuntut iLMU bukan mudah..
ESOK harinya..aku dikehendaki mengulang semua proses yang diajar..akan dikawalselia oleh pengajar tu..nak terbeliak biji mata..malam tu aku tak berapa lena tido mengenangkan esok aku kena buat sendiri..uuuuu...mase tu rase nk lari balik Malezya..nak nanges pun ade..rasa nak salahkan semua orang yang nyebuk pun ya, nak je cakap "soh la student lain tu buat..derang yang beriya nak tengok sangat..sampai saya sendiri tak dapat tengok betul2.." nak cakap je..tapi tak cakap pun..
Keesokan harinya..aku beranikan diri..buat muka COOL cam paham semua..(dalam hati dok doa.."permudahkanlah Ya Allah.." tak henti-henti..).
haa..hari ni takde sape plak nak nyebok..tinggal la aku terkontang kanting sorang2..hehehe..
aku pun cuba tenangkan diri..rasionalkan minda..fokus..dan MULA!! aku buat sebaik mungkin.. buat salah pun ada, tapi pengajar tu baik..tunjuk aku satu-satu, betulkan setiap satu kesalahan aku..banyak aku belajar hari tu..aku amek peluang untuk tanya benda2 yang aku tak berkesempatan nak tanya pada hari sebelumnya..ada satu prosedur tu aku kena ulang 3 kali..nak patah lutut berdiri berjam-jam sebab kena set up semua benda sekali lagi..tapi bila semua dah berjaya aku lepasi..lega betul.. buat salah tu normal, tapi belajarlah dari kesilapan...
Jadi aku rasa kali ini aku berjaya mengangani musuh ketat aku iaitu AKU..
erm..minggu ni belajar apa pula ya???
1 comment:
alu kakak! dah jumpe sami yusuf ke? alalala~tangkap la gamba. kate nak yang mate biru~~ :P
takpe la berdiri berjam2. muni pon diri lame ape kat OT. lagi ponat leh patah kaki~ pektis2, diri lame2, jalan lame2, panih leh shopping lame~ :P
Post a Comment