Monday, 26 October 2009
Sedapnya ABC~!
Saje nak abadikan video clip ni dalam Sacrosanct..sebab saya sangat suke..!!!
Teringat pula masa di Erzurum..teringin nak buat aksi yang same cam VC ni tapi tak buat pun sebab berjenis-jenis kacang, kacang merah, buah pala, buah nipah, jagung..ais krim~~~SEMUA TAK ADA..
paham ke?
maksud saya...pergi tempat menarik tapi kalo takde kawan nak main bersama..mane enjoy..hihihi..

Atuk pegi Kebun (II)
Sambungan kepada entry sebelumnya..
Pagi keesokkan harinya, aku bangun lewat..aku tak sihat..batuk selsema demam skit..

Aku singgah di rumah Wanchu just to catch up with the latest news...
Sebenarnya, Pak Yeop berlanggar dengan sebuah Mercedes Benz yang dipandu laju. Arwah dikatakan cuba sedang keluar dari persimpangan simpang empat..keadaan jenazah yang rentung menyebabkan ramai yang masih tidak menerimanya..van rusa Pak Yeop dikatakan dihentam kuat dibahagian pemandu, terseret dan berguling2 kemudian terbakar..Mercedes juga terbakar tetapi semua mangsa berjaya menyelamatkan diri walaupun tercedera.
Pemergiannya secara tiba-tiba begitu terasa..Orang yang sihat juga akan dijemput pergi jika sudah tiba masanya. Sudah tersurat di Luh Mahfuz segala yang telah ditetapkan untuk kita sebelum kita dilahirkan..persoalannya ialah BILA.. banyak pengajaran tentang hidup dan mati yang aku dapat... Semoga Ruh Pak Yeop diangkat Allah di kalangan hamba-hamba yang diredhaiNya..bersemadilah dengan tenang di sana...
"Sesungguhnya orang yang paling bijak di antara kamu ialah orang yang sentiasa mengingati mati.."
Wallahu Aa'lam..
Sunday, 25 October 2009
Atok pegi Kebun (I)
22 Oktober 2009, telah mencatatkan satu tragedi hitam dalam keluarga kami.
Jam 5.15 petang, aku telah terima berita mengatakan Pak Yeop (my eldest uncle cum my mum's eldest brother) telah dijemput ke Rahmatullah. Berita pemergiannya sahaja telah mengejutkan semua kerana Arwah dikatakan terlibat di dalam kemalangan.
Aku terima kejutan tersebut dan terus terlintas bagaimana mak aku nk terima berita ni..dengan sejarah strok yang sedia ada..aku panik, aku kerah adik-adik seme jejak di mana Ummi berada. Hampir sejam kemudian baru kami dapat menjejaki ibu, risau kami dibuatnya, khuatir ibu sedang memandu dan menjadi longlai setelah menerima berita tu. Mujur Ummi bijak menangani rasa longlainya dengan memendekkan perjalanan asal ke Bangi dengan menuju ke rumah abangnya di Cheras. Kami larang dia memandu lagi..
Terasa waktu terhenti seketika...
Sekitar 6.30pm, aku tiba di rumah, cuba menyelaras bagaimana nak handle situasi ni, aku kat Bangi, mak kat Cheras, ayah kat subang, adik kat UM..aduhh..
Dapat pula maklumat terkini, mereka sepakat nak kebumikan jenazah a.s.a.p bermakna pada malam itu juga..ini bermakna kena pulang ke kampung dengan segera!!
Jadi aku buat panggilan telefon yang sepatutnya dan akhirnya kami berkumpul di Cheras, dan kami konvoi 2 kereta (keluarga aku dan keluarga pakcik aku)..setelah azan isyak kami pun bertolak..perjalanan ke kampung terasa dekat pada malam tu..
tiba di tempat kejadian, kami dapat lihat peninggalan tragedi hitam tu..semua tergamam..
Senyap..
jam 12.45 pagi kami tiba di Tanah Perkuburan Lubok Kawah, Lenggong..
dalam suasana suram, gelap gelita kami pimpin ibu..die kelihatan tenang..
Jenazah telah selamat dikebumikan, kami tiba ketika jemaah mula membaca talqin.
Aku tarik nafas panjang, air mata turun menderu...tak dapat ditahan lagi.
Maka bersemadilah jenazah Pak Yeop di sebelah Bondanya..Selesai semuanya, kami pulang...menyampaikan rasa takziah kepada Wan Yong, balu Pak Yeop.
Banyak tangisan..banyak tangisan pada malam itu..
(bersambung...)

"Dok situ Ummi, jangan pegi mana-mana..Nanti Maya or Fiki datang ambik.."
"Maya...(Ummi nanges tersedu2..) Pak Yeop meninggal dalam kebakaran..accident, van dia terbakar, dia masih dalam van...api marak.."
Terasa waktu terhenti seketika...
Sekitar 6.30pm, aku tiba di rumah, cuba menyelaras bagaimana nak handle situasi ni, aku kat Bangi, mak kat Cheras, ayah kat subang, adik kat UM..aduhh..
Dapat pula maklumat terkini, mereka sepakat nak kebumikan jenazah a.s.a.p bermakna pada malam itu juga..ini bermakna kena pulang ke kampung dengan segera!!
Jadi aku buat panggilan telefon yang sepatutnya dan akhirnya kami berkumpul di Cheras, dan kami konvoi 2 kereta (keluarga aku dan keluarga pakcik aku)..setelah azan isyak kami pun bertolak..perjalanan ke kampung terasa dekat pada malam tu..
tiba di tempat kejadian, kami dapat lihat peninggalan tragedi hitam tu..semua tergamam..
Senyap..
jam 12.45 pagi kami tiba di Tanah Perkuburan Lubok Kawah, Lenggong..
dalam suasana suram, gelap gelita kami pimpin ibu..die kelihatan tenang..
Jenazah telah selamat dikebumikan, kami tiba ketika jemaah mula membaca talqin.
Aku tarik nafas panjang, air mata turun menderu...tak dapat ditahan lagi.
"Astaghfirullah..astaghfirullah..Allahummaghfir lahu, warhamhu, wa 'afihi wa'fu anhu"Tak sangka aku akan mengunjungi tempat ini lagi, kali terakhir pada 10 bulan yang lalu setelah pemergian opah..
"Ya Allah..sesungguhnya MATI itu pasti..ampunilah aku..Ya Allah, ampunilah aku.."
makin deras air mata ni...
Maka bersemadilah jenazah Pak Yeop di sebelah Bondanya..Selesai semuanya, kami pulang...menyampaikan rasa takziah kepada Wan Yong, balu Pak Yeop.
Banyak tangisan..banyak tangisan pada malam itu..
(bersambung...)
Tuesday, 20 October 2009
Expecting the expected
Semalam dan kelmarin saya terima berita gembira!!
Kawan-kawan baik saya mengandung...they are expecting!!!
I am so happy for them..
Puan F akan mendapat anak kedua, Puan R pula menantikan anak sulung mereka...
Terharu saya kerana mereka sudi berkongsi berita gembira ini dengan saya..telefon dari jauh, ber'facebook' jam 7.30 pagi nk btau berita baik..thanks ladies, your thoughts really matters to me =)
namun dalam senyuman, jauh di sudut hati ni, terfikir bila giliran aku pula..ermm..soklan yang Tuhan sahaja tahu jawapannya...
Anyway..to my beautiful-gorgeous-sexy-mothers-to-be.. have a happy meaningful 9 months..
Semoga sentiasa diberkati Tuhan..rezeki tu..
Love,
Auntie Maya
Ende Maya
OLD junks..
Semalam saya dengan rasminya telah membongkar luggage TURKI yang tersadai di tepi pintu selama dua bulan...jadi saya ambil kesempatan sama mengemas, buang semua barang2 elok/tak elok untuk memberi sedikit kelapangan di ruang yang semakin sempit. saya bukan buang semata, yang elok mungkin donate pada yang memerlukan..
Saya pun kumpulkan barang2 dekat dengan pintu depan..
Tapi...
Mak saya sekarang ni ada pe'el suke geladah balik apa yang saya nak buang..
aiseeyyy..die suke saring balik, and sometime amek..
dulu die marah bapak saya buat begitu sekarang die plak buat..(HAHAHAHA!!!)
semalam saya buang kain2 perca yang belum sempat menjadi baju...die boleh korek and amek semula sambil berkata.."isshhh...buang plak..projek (menjahit) belum siap.." actually saya buang sbb projek2 tu insyaAllah akan tergendala lagi setahun sebab mak saya sangat bz dengan bisnesnya. dan ada baiknya die beli je la baju yang die nak takyah nak jahit2 lagi...saya try gak caik mane die sorok kain2 perca tu ( degil nak buang jugak :P) tapi tak jumpe..takpe hari ni nak cuba caik lagi..hehehe (gelak jahat)
Ummi oh ummi..ummi tak ubah macam watak ni.. :)

Saturday, 17 October 2009
Kenyir Task Force
Aku baru balik dari Tasik Kenyir. Task force khas (6 hari) yang dipanggil untuk misi kali ini. Muka dah kembali gelap..(baru berangan nak putih balik hehehe..kulit ni sensitip btol dgn sinar matahari).
Abang aku penah cakap,
Anyway, ahli task force kali ni memang superb..i am glad to have joined this group!! Good job everybody..so ringan tulang..that's the spirit~~~plus, i just noticed someone has a very sweet smile..senyum selalu ye..kerja yang berat pun terasa ringan..keh keh keh.
p/s: I have always admire sweet smiles...
Abang aku penah cakap,
"kalo nak tahu perangai sebenar seseorang, masuk hutan, panjat gunung dengan dia...masa-masa begini, di luar norma..kita akan dapat lihat perangai sebenar seseorang.."ada benarnya. aku perhati banyak benda..amati banyak sikap. dan aku pasti ramai juga yang perhatikan aku..(kira adil la..hehehe) aku tak berselindung apa-apa. sehabis kudrat aku sumbangkan untuk meringankan beban kerja berkumpulan. aku cuba hargai setiap sumbangan rakan-rakan tidak kira kecil atau besar. bukan mudah untuk jadi tidak 'selfish' di saat-saat begitu, di sana kita akan mengenal mana sahabat, mana kawan. siapa tamak, siapa pemurah, siapa tak kesah. kita yang memerhati juga pasti ada banyak kekurangan..maka jadikanlah peringatan.
Anyway, ahli task force kali ni memang superb..i am glad to have joined this group!! Good job everybody..so ringan tulang..that's the spirit~~~plus, i just noticed someone has a very sweet smile..senyum selalu ye..kerja yang berat pun terasa ringan..keh keh keh.
p/s: I have always admire sweet smiles...
Tuesday, 6 October 2009
Sandarkan pada..
Bile pikir-pikir balik, apasal plak nak sandarkan pada kenangan kan?
Lapo la..last day pose, pagi tadi mase meeting sedap btol bau nasik lemakfree hari ini merupakan hari ke tujuh untuk pose 6 aku..hehehe..kenapa 7?? sbb ada satu hari tu pose tak sampai tahap kualiti ISO..hehehe..so tambah sehari nak sedapkan hati..semoga Allah menerima ibadah puasa kita semua kali ini..
hari ni semangat nak cerita pasal sandaran..
sandaran hati, sandaran hidup..
pernah tak terdetik di hati kita kepada apa atau siapa kita sandarkan hidup kita? kadang-kadang kita jawab lain, tapi hati dan perbuatan kita tidak mencerminkan sedemikian rupa..
kalau tanya pada aku, aku jawab aku sandarkan hidup ini pada Dia..Allah.
tapi sejauh mana aku menyandarkan harapan, menyerah padaNya..semua itu kabur pada mulanya. Mulut menjawab Allah namun perbuatan reflects sebaliknya (semoga Dia ampunkan aku).
Mengapa jadi begitu?
kerana dalam kebanyakan masa, kita bersosial. kita dikelilingi manusia. pada ketika itu, di saat kita memerlukan kita pohon bantuan kawan2, ibu bapa, kaum keluarga..YA, memang kita sentiasa berdoa pada tuhan, tetapi sejauh mane kita sedar dan meminta, merayu padaNya dengan jiwa hamba agar dikurniakan permohonan kita..semestinya segala bantuan dan kehendak kita yang dipenuhi oleh manusia disekeliling kita adalah dengan izinNya, tapi bila ia berlaku secara terus menerus, lama kelamaan secara tidak sedar kita rasa manusia tu yg memenuhi kehendak kita..
Teringat di saat-saat genting aku di Istanbul, SEORANG DIRI, tiada tiket untuk pulang ke tanah air..dikelilingi dengan manusia yang sentiasa ingin mengambil kesempatan sehingga aku hampir-hampir kecundang..di saat itu, di saat tiada manusia sekeliling yang boleh dipercayai..di saat TERDESAK. Ya terdesak..apa apa pun boleh terjadi bila kita terdesak.
Alhamdulillah.
Tuhan masih sayang aku.
Aku 'hanyut' di kala sendiri..
Jadi Dia bagi sikit badai dan gelora sebelum Dia selamatkan aku.
Supaya aku INGAT.
AKU juga INGAT Masjid Biru aka Masjid Sultan Ahmet.
Masjid yang menyaksikan aku tersungkur, menangis teresak-esak, bersandar, tidur lena walaupun hati duka lara mengenangkan tindakan aku yang bersandarkan emosi. Semasa di Istanbul setiap hari aku ke sini kerana hanya di sini aku rasa selamat. Di masjid ini aku duduk dan beritahu diri aku yang segala apa yang terjadi adalah DENDA kerana aku buat Allah marah..masjid tua berusia lebih 400 tahun ini mengingatkan aku di saat tiada insan di sisi, Allah tu dekat dengan aku..mengajar dan mendidik aku yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.
Jadi fikir-fikirkan...hidup ini sama sahaja buat semua orang. Yang membezakannya adalah bagaimana kita mencorakkannya dan bagaimana kita beri makna dalam setiap perkara yang kita lalui. TITIK!
Lapo la..last day pose, pagi tadi mase meeting sedap btol bau nasik lemak

Subscribe to:
Posts (Atom)