Lapo la..last day pose, pagi tadi mase meeting sedap btol bau nasik lemak
hari ni semangat nak cerita pasal sandaran..
sandaran hati, sandaran hidup..
pernah tak terdetik di hati kita kepada apa atau siapa kita sandarkan hidup kita? kadang-kadang kita jawab lain, tapi hati dan perbuatan kita tidak mencerminkan sedemikian rupa..
kalau tanya pada aku, aku jawab aku sandarkan hidup ini pada Dia..Allah.
tapi sejauh mana aku menyandarkan harapan, menyerah padaNya..semua itu kabur pada mulanya. Mulut menjawab Allah namun perbuatan reflects sebaliknya (semoga Dia ampunkan aku).
Mengapa jadi begitu?
kerana dalam kebanyakan masa, kita bersosial. kita dikelilingi manusia. pada ketika itu, di saat kita memerlukan kita pohon bantuan kawan2, ibu bapa, kaum keluarga..YA, memang kita sentiasa berdoa pada tuhan, tetapi sejauh mane kita sedar dan meminta, merayu padaNya dengan jiwa hamba agar dikurniakan permohonan kita..semestinya segala bantuan dan kehendak kita yang dipenuhi oleh manusia disekeliling kita adalah dengan izinNya, tapi bila ia berlaku secara terus menerus, lama kelamaan secara tidak sedar kita rasa manusia tu yg memenuhi kehendak kita..
Teringat di saat-saat genting aku di Istanbul, SEORANG DIRI, tiada tiket untuk pulang ke tanah air..dikelilingi dengan manusia yang sentiasa ingin mengambil kesempatan sehingga aku hampir-hampir kecundang..di saat itu, di saat tiada manusia sekeliling yang boleh dipercayai..di saat TERDESAK. Ya terdesak..apa apa pun boleh terjadi bila kita terdesak.
Alhamdulillah.
Tuhan masih sayang aku.
Aku 'hanyut' di kala sendiri..
Jadi Dia bagi sikit badai dan gelora sebelum Dia selamatkan aku.
Supaya aku INGAT.
AKU juga INGAT Masjid Biru aka Masjid Sultan Ahmet.
Masjid yang menyaksikan aku tersungkur, menangis teresak-esak, bersandar, tidur lena walaupun hati duka lara mengenangkan tindakan aku yang bersandarkan emosi. Semasa di Istanbul setiap hari aku ke sini kerana hanya di sini aku rasa selamat. Di masjid ini aku duduk dan beritahu diri aku yang segala apa yang terjadi adalah DENDA kerana aku buat Allah marah..masjid tua berusia lebih 400 tahun ini mengingatkan aku di saat tiada insan di sisi, Allah tu dekat dengan aku..mengajar dan mendidik aku yang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan.
Jadi fikir-fikirkan...hidup ini sama sahaja buat semua orang. Yang membezakannya adalah bagaimana kita mencorakkannya dan bagaimana kita beri makna dalam setiap perkara yang kita lalui. TITIK!
No comments:
Post a Comment