Pages

Monday, 26 October 2009

Atuk pegi Kebun (II)

Sambungan kepada entry sebelumnya..
Pagi keesokkan harinya, aku bangun lewat..aku tak sihat..batuk selsema demam skit..

Aku singgah di rumah Wanchu just to catch up with the latest news...

Sebenarnya, Pak Yeop berlanggar dengan sebuah Mercedes Benz yang dipandu laju. Arwah dikatakan cuba sedang keluar dari persimpangan simpang empat..keadaan jenazah yang rentung menyebabkan ramai yang masih tidak menerimanya..van rusa Pak Yeop dikatakan dihentam kuat dibahagian pemandu, terseret dan berguling2 kemudian terbakar..Mercedes juga terbakar tetapi semua mangsa berjaya menyelamatkan diri walaupun tercedera.


Pemergiannya secara tiba-tiba begitu terasa..Orang yang sihat juga akan dijemput pergi jika sudah tiba masanya. Sudah tersurat di Luh Mahfuz segala yang telah ditetapkan untuk kita sebelum kita dilahirkan..persoalannya ialah BILA.. banyak pengajaran tentang hidup dan mati yang aku dapat... Semoga Ruh Pak Yeop diangkat Allah di kalangan hamba-hamba yang diredhaiNya..bersemadilah dengan tenang di sana...

"Sesungguhnya orang yang paling bijak di antara kamu ialah orang yang sentiasa mengingati mati.."

Wallahu Aa'lam..

No comments: