Semalam terima email dari rakan sekerja yang bertanyakan pendapat tentang logo yang dikemukakan untuk projek kami. Secara keseluruhannya aku suka logo tu, dan itulah komen aku.aku cakap, well done, i like it. cuma perlu kemaskan logo institut. tu je.
Pagi tadi aku terima email dari rakan lain yang memberi komen tentang warna, bintik-bintik itu apa, daun kena runcing..
reaksi pertama aku, perlukah komen diberikan satu persatu atau dalam ayat lain, perlukan sesebuah logo dilihat secara 'bedah siasat' bentuk demi bentuk, warna demi warna?? kerana pada pendapat aku, logo adalah 'sebuah logo'. ia dilihat sebagai satu objek, bukan beberapa objek..sebab selalunya kalau aku lihat sebuah logo aku lihatnya begitu, contohnya logo PTPTN. ni antara logo yang menggelikan hati aku..cuba korang tengok.
sanggup korang 'bedah siasat' satu persatu 'pi' 'ti' 'pi' 'ti' 'in' tu..seni khat ape la yang derang guna..?? hahaha..tapi aku tengok secara keseluruhan, so not bad la ekceli, nampak macam seni abstrak..
erm..mungkinkah kerana aku ni kidal dan banyak guna otak kanan, yang biasanya lebih suka melihat sesuatu secara umum, bukan secara terperinci seperinci-perincinya?? Mungkinkah aku kurang kritikal untuk menilai sesuatu..hhmmmmm....
You decide....
No comments:
Post a Comment