Wednesday 28 September 2011

ohhoyyy there..

Saya ada satu tabiat.
Tabiat saya ialah apabila saya jengok blog, mesti mahu tengok siapa datang jenguk blog saya (walaupun tak ramai pun yang jenguk kan...hehehe)
tapi hari ni nampak ada orang rusia jenguk, sebelum tu orang australia, kadang2 amerika, tidak kurang juga indonesia..dan pastinya orang Malaysia terchenta.
Kepada anda yang sudi menjengah teratak hamba mencurah rasa ini, terima kasih saya ucapkan.



Tetiba saya terpikir, teringin jugak saya nak tahu..pembaca istimewa yang datang ziarah blog saya ni, buat apa untuk kehidupan. lagi pulak yang duduk jauh-jauh tu, di perantauan...ANDA SEDANG BUAT APA TU? so, consider yourself tagged.haha!

Jadi sudi ke memberitahu saya? Tak perlu tulis nama, misteri, hamba Allah seme saya terima. cuma tulis la lokasi terkini anda..dan apa yang sedang anda lakukan di tempat anda. semua ini boleh la anda tulis di bahagian komen...

Kenapa saya nak tahu?

Sebab saya ini seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Soalan saya selalunya bodoh2 je, tapi saya tak kira, janji ia memenuhi tuntutan naluri ingin tahu saya..tambahan, saya juga pengembara juga, cuma bila saya mengembara, saya tiada peluang untuk bercerita pengalaman saya secara detail. Akhirnya, saya bermonolog sahaja di dalam hati, menceritakan pengalaman kepada diri sendiri. What to do..?? huhu...

Jadi sudi-sudilah berkongsi. Saya tidak mempunyai apa2 agenda tersembunyi. Cuma ingin tahu. Kerana mengetahui benda baru membuatkan saya rasa hidup dan teruja..

Mekacih..!

8 comments:

Che Kay said...

erm jap tengah pikir sebab.......sebab saya punya masa terluang? hehehe

murniizar said...

saya murni, currently at bandar baru bangi. tgh buat ape? tgh lap air hidung yang mengalir tak henti2 ni. sob2. tersumbat weh. ok sambung tido ;p

Unknown said...

saya..siapa ek saya?seorang ibu..saya juga seorang kawan awak..hehehe cube buat2 sweet..sy tengah bace blog awk la..sy mmg suke bace ape yg maya tulis (bukan mengampu tau)..kekadang tu tgk kt blogger dashboard, apsal xkuar2 sacrosanct nih..tup2 hrni ade 2..yeay baru bace 1..nk tanye soklan bodoh leh?cane nk tau sape yg jenguk blog kite..sb sy tatau pun unless org tu leave a comment..

Maya Ijau said...

mama rania, TQ. bagaimana mahu tahu? Masukkan feedjit sebagai salah satu tab di sebelah kanan tu. dlm bentuk peta ada, bentuk list pun ada. cuba tgk kat sebelah kanan blog saya ni ade contoh..----->>>>

Maya Ijau said...

che kay dan mamarania kena mention location. baru la lengkap..

Che Kay said...

baiklah! hihi

Cerita aku said...

saya hafiz, sekarang di masjid tanah, melaka dan sedang berangan tentang masa depan dan teruja dengan kak maya dapat sambung belajar.bestnya..all the best! :)

Unknown said...

hihi baiklah :)