Tuesday 3 March 2009

hipotesis ini belum tentu berjaya..

Sebelum aku menjejakkan kaki di sini, aku telah lakukan sedikit penyelidikan mengenai status sosial masyarakat Turki. dan yang ini adalah antara yang menarik:

Wanita turki adalah wanita yang serius. Tidak seperti masyakat Barat dan Asia Tenggara, aku pasti kita lebih banyak tersenyum dan tersengih berbanding mereka (Ya..aku juga memang selalu tersengih..biarla orang kata apa). Di dalam artikel tersebut, penulis mengingatkan pelawat-pelawat wanita seperti aku supaya jangan terlalu mudah tersenyum di tempat awam terutamanya kepada kaum lelaki yang tidak dikenali..
Aku ada berkongsi fakta ini bersama beberapa orang sahabat di tempat kerja..jadi ada yang pesan.."haa..ingat tu..hati-hati la.."

Anda tahu apa kesan daripada keseriusan ini? Kesannya ialah apabila seorang wanita itu tersenyum, ia akan memberi makna/signal kepada lelaki tersebut bahawa wanita itu "berminat" padanya.."Bring it ON.." lebey kurang gitu la..
jadi, sepanjang seminggu aku berada di sini, aku cuba semampunya untuk tidak memberi signal kepada semua jejaka di sini bahawa aku "berminat" dengan mereka...(cheit..perasan lagi..macam semua orang minat kat ko..maya..hahaha) jika aku perlu senyum aku cuba sebaiknya untuk tidak menunjukkan signal yang salah, dengan cara mengangguk sedikit ketika tersenyum (agar kelihatan seperti aku senyum dan hormat) dan sebagainya..nampak gaya ia berkesan..takdela sesapa kacau aku kecuali Pakcik Borluj..hahaha~~

tapi semalam aku buat kerja gila..
aku sedang "mengeteh" pada jam 10 pagi di bilik teh..ramai berada di situ..tetapi ada seorang di antara mereka yang agak muda berbanding yang lain..kalo aku recall, sekilas wajah dia macam Shah Rukh Khan (SRK)..matanya redup je bila memandang..idong toksah citer la mancungnya..tetapi dia tetap mempunyai ciri-ciri lelaki turki..kulitnya cerah sedikit..taklah berwarna seperti SRK..
nak tahu ape aku buat...aku bagi senyuman paling kiut kat dia...(konon..sesungguhnya aku sendiri nak tergelak..tergolek-golek haha)..aku nak tengok apa reaksi beliau..dia tersangkut..ya..dia tersangkut..udahle mamat ni asik pandang aku..macam SRK pandang Kajol tu..(hwa hwa hwa..) dia macam tak peduli da orang sekeliling..asik pandang aku je..sudah ko Maya..carik pasal lagi..aku buat tak tahu je..aku minum teh dan pastu aku chiao masuk lab untuk sambung kerja..
Jam 3 petang..aku minum teh lagi..di tempat yang sama...dan dia ada juga di situ..mula-mula dia macam takde pape reaksi bila aku masuk..macam tiada apa yang berlaku sewaktu jam 10 pagi..
aku pun mula menyangkal hipotesis teori aku yang tak seberapa itu..tiba-tiba dia pandang aku..masa tu mulut aku penuh dengan air teh, aku cepat-cepat telan teh tu, dan aku usaha untuk senyum sekali lagi..tindakbalas..?? sangkut!!..ya dia tersangkut sekali lagi...hahahaha!!! dan sekali lagi aku buat tak tahu...dan masuk ke makmal bila aku sudah selesai mengeteh..

nak tahu ape ultimatum insiden hari ini?? pada jam 5 petang "kembar SRK" make an effort untuk singgah di bilik aku dan ucap selamat tinggal sebelum dia pulang..hahaha..dia cakap bahasa turki..jadi aku pun senyum-senyum kambing gurun je la kat situ...but the thought that matters right??

amacam?? ok tak....
p/s: Darling, jangan makan hati..makanlah biskut atau nasik goreng..

aku citer pengalaman aku ni pada salah seorang sahabat, dan beliau menyarankan aku buat random sampling (dah la jadik experiment plak) kalau boleh guna RCBD..9 sampel, 4 replikasi..kiranya aku dah buat satu sampling dengan 3 replikasi..perlu satu lagi replikasi..aku akan lengkapkan esok..hihi..(8 sampling to go...buat pelan-pelan..aku ada 4 bulan nak siapkan experiment ni..) semua ini penting untuk aku buktikan hipotesis teori aku benar dengan peratusan signifikasi 90% atau lebih tepat 99%. erm..kalau dah saintis tu saintis jugak..semua nak dikaji dan dibuktikan..huhu..

sekian coretan dari Erzurum..juga lagi di lain hari..

5 comments:

Che Kay said...

wah bestnye cik maya! kalau laki senyum ape pulak maknanya? adakah sama atau pelempang singgah di muka? :)

Anonymous said...

Ooo... suka idong mancong mcm SRK.. Patut la tak layan hidung besar cam I.. I makan hati berulam jantung la..

murniizar said...

Hahahahahahhahahahahah! lawak gile la! ngade siap sengih2~ haiyokk! jaga2 cik salmah!! dah jumpe mate biru tok muni??

Maya Ijau said...

tu la pasal..
jangan marah..tapi memang mancung idong dia..
tapi apa yang dia boleh cakap ialah "hallo" dan "bye-bye"
susah la gini..

kalo lelaki yang senyum bukan penampar yang datang, tapi winter boots yang naik..ekekee...gurau jek

Che Kay said...

gituh kaedahnya la kan winter boot lagi! hehe