Monday 2 March 2009

i speak malay..

Jam baru menunjukkan waktu 10.40 malam..tapi aku dah mengantuk..
banyak benda nak dicoret di sini..tetapi mata ini makin berat..melawan mata yang mengantuk di musim sejuk ni..buat pengetahuan semua, salji turun setiap hari..

aku baru pulang dari rumah keluarga Haliloglu..keluarga ini, terdiri daripada Encik dan Puan Haliloglu, serta dua anak perempuan mereka berusia 14 dan 10 tahun..
rumah kami tidak jauh, hanya lima minit berjalan kaki, tapi suhu -8 darjah celsius di luar sana..kalau boleh, jalan kaki 5 minit nak dipendekkan kepada seminit..erm...tetiba aku terasa seperti berada di dalam peti ais En. Zulhairil di mana ia menyimpan semua menda alah PCR beliau..hahaha..nice to meet you, Mr. Taq Polimerase..hek hek!!

kenapa aku berbicara di dalam bahasa Melayu..
kerana aku kemaruk nak cakap melayu...
dok sorang-sorang kat sini, asik cakap omputih, nak cakap turki belum cukup pandai..
dan kerana En. Haliloglu tahu kewujudan blog ini, jadi aku khuatir dia datang menjengah..dan tahu apa yang aku merepek di sini..hahahaha!!

Pada asasnya, masyarakat di sini tidak fasih berbahasa Inggeris...tetapi mereka juga teruja dengan kehadiran aku di Fakulti Pertanian Universiti Ataturk ini..mereka mahu berbicara di di dalam bahasa Inggeris, tidak kurang juga yang malu-malu..jadi setiap hari aku berkenalan dengan pelajar-pelajar di sini..Mereka juga tidak sombong, rajin membantu aku yang asing di sini..
secara fizikal, mereka kelihatan cantik dan kacak semuanya..
cuci mata la teman..
eh silap..aku menghayati kecantikan makhluq Allah di bumi Turki..

Keluarga Haliloglu tidak jemu melayan aku..sampai naik segan, sudah hampir seminggu aku di sini, dan sudah beberapa malam aku berada di rumah mereka untuk makan malam dan sebagainya..seronok melayan anak bongsu mereka yang bernama Zeynep Ayse..(cara sebut adalah Zainab Aisyah). Umur budak comel ini 10 tahun..mukanya mirip En. Haliloglu.. banyak celoteh..si kecil ini juga merupakan cikgu bahasa Turki aku..dan minggu ni aku jadi cikgu Inggeris dia sebab dia ada ujian pada hari Rabu..(mengapa aku cerita semua ini? ntahla..)

ramai yang tanya, pukul berapa di sana?? erm..waktu di sini adalah kurang 6 jam dari waktu Malaysia..jadi semasa aku mencoret semua ini, kalian sedang diulit mimpi menanti siang hari..
ramai juga yang tanya, makan cane? ok? erm..makanan semua HALAL...makan la ape nak makan..aku blom sempat lapar lagi kat sini..cane nak turunkan berat badan yang sememangnya sudah berlebihan ini?? hehehe...alhamdulillah ini semua rezeki dari Allah..
jangan tak percaya, kat sini aku cepat kenyang...(ya..aku suka makan...) dan mereka makan sangat banyak dan cepat...hahaha...bukanlah nak bertanding tetapi mereka memang makan cepat..huhu..segan aku tengok derang tunggu aku yang makan terkedek2..
Bagi mereka yang tidak dapat tidak mesti makan nasik, jangan datang cni, sini nasik ada (masak sendiri la) tapi roti memang banyak..dan aku sebagai pemakan roti yang berjaya insyaAllah akan dapat bertahan di sini..(cheit..podah..perasan..)

ada satu perkara aku nak kongsi dengan korang..satu perkara yang amat terseserlah di sini..
MEREKA SANGAT SUKA MINUM TEH..gile laa...nak tergelak pun ada..risau sembelit pun ada..(ok lagi buat masa ni..tiada sembelit..ekekeke..!!!) di fakulti, jam 10 pagi dan jam 3 petang ialah waktu minum teh. tempatnya ialah bilik teh, semua lecturer, tutor berkumpul untuk minum teh..bagus juga sebenarnya sebab kita dapat bersua muka dalam keadaan tidak formal..aku tak tahu la ape yang mereka sembang, yang aku tahu..di celah-celah sembang mereka akan terselit nama aku..boleh dikatakan sejam sekali mereka minum teh kot..gitulah kekerapan "mengeteh" mereka..tapi mereka tidak minum teh tarik..teh O sahaja..bancuh sendiri.."lu nak minum, lu buat la.." mau teh nipis, teh pekat, manis, tawar, ikut suka lu...hua hua..teh dah sedia dalam heater..pandai2la..dan yang menarik buat masa ni ialah Pakcik Borluj --penghidang teh..aku rase nama die lain,tapi aku yang tak reti sebut..agaknya sebab aku ni comel atau paling menawan kat sini, dia akan hantar teh pada aku setiap 2 jam..dia akan muncul depan pintu..panggil nama aku, cakap turki sikit..(aku tak paham) kemudian dia akan suruh aku sebut nama die,bila aku sebut dia akan terkekek2 gelak dan bagi aku teh..dan ada masa2 spesel die siap bagi kentang bakar 3-4 bijik..soh aku makan...ini pakcik sangat kelakar dan baik hati...hehehe..
peristiwa teh lain yang menarik ialah bila aku pegi supermarket, aku minah sorang ni tengah menatang dulang penuh dengan cawan dan teh, dan dia mula distribute teh kat staf kedai tu.. pernahkah anda lihat makcik hidang teh kepada pekerja carrefour, giant atau Ong Tai Kim? huk huk huk..

2 comments:

Anonymous said...

baik2, kang sembalit. sengsare sorang2, ummi takde~ :P

Anonymous said...

Ong Tai Kim??? heheheh