Anda pernah tak menonton reality show SOLEHAH di TV Al-Hijrah?? Sebenarnya saya prefer SOLEHAH berbanding dengan Ustazah pilihan. My personal preference la, sebab pendekatan dia takde penyingkiran peserta, semua diberi tempoh masa yang sama untuk belajar dan pemenang ditentukan pada penilaian minggu penentuan juara.
Semasa menonton malam itu, saya terdetik..ada tak sesiapa yang akan menggambarkan hakikat sebenar SOLEHAH. Saya tunggu dan tunggu..semua biasa-biasa sahaja, sehinggalah tiba giliran peserta terakhir ini..
CIK WAN NOR MAZUANI BINTI WAN MOKHTAR.
Beliau membawa kejutan dengan mengambil keputusan untuk mengubah topik tazkirah di saat akhir. Cik puan ini berjaya memberi erti yang saya cari. Panel hakim semua, penonton dan saya juga menangis teresak-esak, kerana apa yang beliau sebut itulah yang terdetik di hati setiap orang yang mempunyai niat untuk menjadi SOLEHAH.
Saya kongsikan VC yang diambil dari YouTube. Saksikan bingkisan ini dan ambillah pengajarannya.
Menjadi SOLEHAH adalah cita-cita orang yang mempunyai keimanan yang tinggi. Kalau nak jadi SOLEHAH, tentera pun boleh jadi SOLEHAH. Saintis pun boleh, pensyarah pun boleh, suri rumah pun boleh..
Ayat-ayat berimpak besar Cik Wan Nor Mazuani binti Wan Mokhtar..
Sepanjang perjalanan saya di dalam program realiti SOLEHAH banyak memberi kesan positif kepada diri saya sendiri.
Perkataan SOLEHAH itu sendiri telah membuat saya rasa malu sangat terhadap diri sendiri kerana saya rasa susahnya kita nak jadi SOLEHAH yang betul-betul.. SOLEHAH yang menuju keredhaan Allah (swt).
Tetapi pada malam ini, hikmah Allah (swt) yang diberikan kepada diri saya untuk saya lebih mencintai jalan dakwah. Tanpa saya duga saya dikenali sebagai seorang yang keras, lasak, aktif, tapi perkataan SOLEHAH itu sendiri telah mengubah diri saya supaya lebih mencintai Allah (swt).
Dan bersama saya, rakan2 saya yang cukup hebat menempuh perjuangan ini bersama saya untuk terus memburu kemanisan iman. Keberadaan saya di pentas SOLEHAH ini, saya percaya ini merupakan doa kedua ibu bapa saya. Di mana mereka ingin melihat saya menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat. Dari kecik ayah salu cakap, kita kena jadi orang yang berguna kepada semua orang, jangan menyusahkan orang, dan inilah hasil doa kedua ibu bapa.
Dan di atas pentas SOLEHAH ini, 5 minit yang lepas, saya tukar fikiran. Saya akan selitkan satu nukilan hati saya, satu puisi tentang pengertian SOLEHAH kepada muslimah-muslimah yang ada di Dewan Muktamar ini dan mahupun yang sedang menonton di rumah. Moga kita hayati kita dan ambil semangat SOLEHAH itu untuk kita perjuangkan di masa hadapan.
SOLEHAH terdidik untuk mendidikTerlahirnya SOLEHAH untuk memberi bukan untuk menerimaImu yang ada pada seorang SOLEHAH untuk perjuangan seluruh generasiInspirasi SOLEHAH mencetus kekuatan abadiKehidupan sorg SOLEHAH hanya untuk Yang Maha KuasaKemanisan di wajah untuk yang sentiasa menyayangiKelembutan diselangi oleh kekuatan imanHadirin hadirat,SOLEHAH bukan perkataan kosongSOLEHAH tak datang sendiri pada kitaKedatangan SOLEHAH dinanti untuk membawa lembaran suciDan kita… wanita biasa harus menjejaki SOLEHAH
Hadirin hadirat,
Kenapa permintaan terakhir saya untuk mengembala kambing?
Sekiranya Rasulullah (saw) masih ada, saya ingin mempelajari pelbagai ilmu dengan baginda, tetapi sekarang saya hanya mampu menghayati perjuangan Rasulullah (saw) dengan mengembala kambing saya mendapat hikmah..mencintai sesama mahluk.
SOLEHAH..
Tuan-tuan dan puan-puan..
Sekiranya Rasulullah masih ada sekarang..bagaimanakah perasaan banginda melihat umatnya sekarang?? Melihat kaum wanita sendiri membuang anaknya sendiri ke dalam tong sampah, membunuh anak, mengelar sehingga terburai perutnya. Kambing yang saya tengok pun sayang anak. Perjuangan saya malam ini..saya ingin memperjuangkan martabat seorang wanita.
Mari Kita capai perkataan SOLEHAH sama-sama kita sematkan di hati kita untuk kita menjadi seorang SOLEHAH. Saya ingin mebawa harapan , saya merayu kepada semua wanita yag ada, pulang dengan perasaan, dengan keazaman baru yang kita ini mampu menjadi seorang SOLEHAH. Kerana terdidik kita, maka terdidik ummah. Kerana kita yang melahirkan generasi, kekuatan kita diperlukan untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment