Perasan tak??
Bila hati kita sedih, kita kalut mencari kawan-kawan untuk luah perasaan, kalau yang jenis pendam tu, dok pendaaammmmm la perasaan.
Tahukah anda, Al-Quran itu berkomunikasi dengan kita??
Bila kita sedih (contoh), hanya kita yang tahu apa yang menyerabutkan perasaan kita, apa punca perasaan tu mengganggu kita..pada masa tu, cuba ambil Al-Quran Al-Karim, baca satu ayat dan baca maknanya-satu ayat-makna-ayat seterusnya-makna-dan seterusnya. Anda akan dapati tiba-tiba akan ada ayat yang kena dengan apa yang kita rasa. Samada ayat itu memberi peringatan kepada kita, ayat memujuk kesedihan kita, ayat janji manis Allah jika kita bersabar, ayat tentang indahnya syurga dan buruknya neraka dan macam2 lagi.
TETAPI BAGAIMANA KITA AKAN SEMUA ITU KALAU KITA HANYA 'BACA' TETAPI TIDAK MEMAHAMINYA?
Anda tahu kenapa ini berlaku?
Al-Quran itu adalah buku panduan hidup kita. Kita itu bermaksud saya, awak, mereka, kami,kita, dia dan semua manusia di dunia. Cuba kita tengok..kita sebagai makhluk ni, kalo tulis buku panduan, spesifik bukan? Contoh:
Bagaimana nak makan, apa nak makan, apa takleh makan, camane nk naek kenderaan, camane nak cakap dgn ibu bapa, camane nak masuk bilik ibu bapa (kena ketuk dulu), camane nak jual beli, camane nak solat, apa itu aurat, camane nak tutup aurat, dengan siapa nak kena tutup aurat, camane nak berhias, camane nak kawen, dengan sape boleh kawen, dengan sape tak boleh kawen, tips perkahwinan..
I don't think so. tapi segala benda ada dalam kitab Al-Quran.
Imam Suhaib Webb ada berkongsi bagaimana hebatnya Al-Quran, menjadi teman seharian kita. Contoh:
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (Asy-Syams 91:9)
Perhatikan perkataan di dalam kurungan. Perkataan perkataan tersebut adalah tafsiran ahli tafsir mengenai APA yang membuatkan diri kita 'tambah-tambah bersih'. It can be other things too.
Dalam erti kata lain, ayat ini berkata : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih apabila_____________________(anda sendiri masukkan perkara-perkara baik yang telah anda lakukan untuk membersihkan diri. Umpamanya. bersedekah, memaafkan orang, memberi kucing minum, membayar zakat, senyum, beristighfar, belanja kawan makan..apa-apalah yang buat kita rasa kita dah buat kebajikan.
Menurut ilmu tafsir, pada keadaan tertentu, Allah hanya mengadakan subjek, dalam ayat ini= orang berjaya dan menyembunyikan objek =perkara yang dikira sebagai kebajikan, untuk membolehkan setiap orang mengisi tempat kosong itu dengan apa yang berlaku dalam hidup setiap orang.
Hebat kan?
Jadi tunggu apa lagi, jadikan Al-Quran yang mulia sebagai teman seharian anda. Tidak perlu mula dengan 5 muka surat, cukup dengan satu ayat dan maknanya. Percayalah, Al-Quran kongsi dengan kita pelbagai cerita dan rahsia...
Jadi saya ada Kitab ajaib. Kau ada?
No comments:
Post a Comment