Wednesday, 30 January 2008

Bumi ini sudah tua..

mase kecik dulu, aku selalu disajikan dengan pelbagai cerita.
teringat bile diceritakan bahawa bumi ini tuanya seperti si tua bongkok..
macam tak percaya..sampai sekarang tak dapat lihat logiknya sebab bila dilihat sekeliling, semua cam OK je kan..

sampaila suatu hari, aku disajikan dengan satu cerita.. "An Inconvenient Truth" by Al Gore. kalau sesiapa masih ingat Al Gore ni, die penah bertanding nak jadi President Amerika, tapi G.Bush yang menang..

rupenya Al Gore ni seorang environmentalist. kesedaran yang diberikan oleh Prof. semasa die di Universiti. dokumentari satu jam tu, betul2 memberi tamparan hebat..fakta yang diberi terlalu banyak..dan semuanya ade bukti saintifik..semua hipotesis telah dibuktikan oleh bumi kesayangan kita...sedih..

kalau nak ditulis di sini dalam satu posting, huisshh berjela-jela panjangnye.
jadi aku petik satu je dulu ye..

ICE AGE. ape yang korang tahu pasal ni? aku tahu cartoon tu jek..yg ade tupai dok kejo die nye buah kacang..ade mammoth..ape ntah lagi binatang primitif yang da pupus. Ice age make sense pada aku, sebagai zaman sejuk beku sebelum adanya dunia yang hijau sekarang. tapi tahukan kawan2 semua bahawa dunia ciptaan Allah ini telah mengalami lebih dari satu Ice Age?? ice age yang terbaru (tak la baru pun..terkini la kot..) adalah yang ke-6!! bagaimana semua ini dibuktikan? melalui Carbon Isotope yang terperangkap dalam pembentukan Ice. ini semua dah dibuktikan.
dan yang lebih menyedihkan ialah suhu zaman ini yang makin meningkat telah melebihi suhu yang induce pembentukan Ice Age yang seterusnya. It is complicated but it make sense..damn it..! perasaan aku berbaur takut, sedih, marah, risau..

benarlah bumi ini sudah tua..kiamat juga sudah dekat..
benarlah kata Allah bahawa tangan-tangan manusia bisa memusnahkan dunia..btul..tangan ku juga agaknya..dan tangan kawan2 semua..huhu..

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). [ar-Rum 30:41]

jadi apa signifikannya fakta ini..?? ia berkaitan dengan masalah pemanasan global/global warming sekarang ni..cuaca dah tak menentu. di saat aku menulis ni, China sedang mengalami kesejukan yang amat sangat..semua beku..terlalu beku..

kalau ada kesempatan, carilah dokumentari ni.. An Inconvenient Truth.
atau klik kat "Loving Earth" kat sebelah ni..

ade mase nanti aku citer lagi..

ready to change?

extracted from the documentary.. "an inconvenient truth"

are u ready to change the way you live? the climate crisis can be solved. here's how to start. go to www.climatecrisis.net.you can reduce your carbon emissions. in fact u can reduce it to zero.
  • buy energy efficient appliances and light bulbs.
  • change your thermostat and use clock thermostat to reduce energy for heating and cooling.
  • weatherize your house, increase insulation.
  • get an energy audit.
  • recycle.
  • if u can, buy a hybrid car. when u can, walk or ride a bicycle. when u can, use light rail and mass train.
  • tell your parents not to ruin the world you will live in. if you are a parent, join with your children to save the world they live in.
  • switch to renewable source of energy call power company to see if they offer green energy. of they don't ask them why not.
  • vote for leaders who pledge to solve thus crisis.
  • write to congress. if they don't listen, run for congress..hihi..
  • plant trees. lot's of treesssss..
  • speak up in your community
  • call radio shows and write to newspapers.
  • insist on freezing the carbon emissions.
  • join international efforts to stop global warming.
  • reduce independence on foreign oil. help farmers grow alcohol fuels.
  • raise fuel economy standards, require lower emissions from automobiles.
  • if u believe in prayer, pray that people will find strength to change
  • encourage everyone u know to see this movie (documentary).
  • learn as much as u can about climate crisis. then put your knowledge into action.
that's what i'm doing now..putting in into action.. =)

Monday, 21 January 2008

hak muslim terhadap muslim

salam..selamat pagi dunia.
baru pulang menunaikan hak ke-6.benar bagai dikata..sayu dan insaf bile melihat sekujur tubuh tidak lagi bernafas..akan tiba masa, kita juga akan kembali kepadaNya.huhuhuuhu...mari muhasabah diri dengan perkara-perkara mudah. artikel dipetik dari Soleh.Net.
==========================================================
Orang yang beragama Islam itu kita panggil dia muslim. Tak kira siapa, mak bapak ker, sedara mara ker, kawan-kawan ker, tak kenal langsung ker, asal dia beragama Islam, maknanya dia tu muslim, dan kita wajib menunaikan 6 hak ke atasnya.
Hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain itu ada 6 perkara.
1. Apabila kamu menjumpainya, maka hendaklah kamu memberi salam kepadanya.
2. Apabila dia menjemput kamu, hendaklah kamu memperkenankan jemputannya.
3. Apabila dia meminta kamu memberi nasihat, hendaklah kamu menasihatinya.
4. Apabila dia bersin lalu dia mengucap Alhamdulillah, hendaklah kamu berdoa kepadanya (dengan ucapan Yarhamkallah).
5. Apabila dia sakit, hendaklah kamu lawatinya.
6. Dan apabila dia mati, hendaklah kamu iringi jenazahnya

Hadis Riwayat Muslim.

Namun begitu, muslim yang tulen dan asli, yang benar-benar muslim ialah seorang yang benar-benar menjaga dirinya sendiri, anak-anak, dan masyarakat. Sikap ini perlu kita tanamkan kepada diri sendiri agar kita menjadi seorang muslim sejati. Jangan sibuk jaga tepi kain orang lain, kain sendiri yang terlondeh. Kita yang jaga kita sendiri.Jadi untuk menjaga diri sendiri, amalkanlah 6 hak muslim sesama muslim ini dengan sebenar-benarnya.

Yang pertama bila berjumpa dengan muslim lain. Beri salam dengan perkataan ‘Assalamualaikum’, bukan bersalaman sambil selawat, seperti yang biasa diamalkan oleh masyarakat kita hari ini.
Sibuk sungguh nak berselawat, perkataan salamnya entah ke mana. Padahal perkataan salam itulah yang akan mendoakan kesejahteraan muslim yang kita salam itu.

Yang kedua, jemputan. Masyarakat kita sekarang selalu berat sebelah. Yang mana orang kenamaan, itu lebih diutamakan. Yang mana makanan lebih sedap, yang tu dia pergi.
Sebenarnya, dalam menghadiri jemputan, kita kena pergi semua sekali. Namun, bila terjadinya tak cukup masa dek kerana banyak sangat jemputan, perkiraan yang patut diamalkan adalah jarak dari rumah anda.
Ambil kira yang terdekat dahulu kemudian barulah diambil kira yang jauh, sama ada sempat atau tidak. Sekiranya dikira tak sempat, maklumkan awal-awal tentang keadaan tersebut.

Yang ketiga, bila diminta beri nasihat. Jangan sibuk nak larikan diri, tak reti, tak pandai, tak biasa, dan macam-macam alasan lagi. Cuba bagi juga nasihat kepadanya, tidak kira secetek mana pun ilmu kita di dada.

Yang keempat tentang bersin. Apabila orang yang bersin kata Alhamdulillah, tolonglah doakan kepadanya dengan ucapan Yarhamkallah. Jangan buat tak reti jer. Yang bersin pun satu, sikit-sikit ‘Excuse me’, ‘Maaf’ dan sebagainya.
Katakan Alhamdulillah, jangan berat sangat mulut tu nak sebut nama Allah. Baru bersih hati, baru murah rezeki, baru Tuhan sayang.

Yang kelima tentang ziarahi si muslim ketika dia sakit. Cari masa yang sesuai untuk melawatnya. Masa yang terbaik sebenarnya adalah sewaktu hampir masuk waktu solat. Tapi ramai antara kita yang pergi selepas solat, kononnya tak nak kacau si sakit.Sedangkan bila kita hadir waktu solat, kita boleh bantu dia menunaikan solat. Kemudian, selalukanlah melawat si sakit. Bukan sekadar sekali sahaja. Biasanya kita ni berebut-rebut nak jadi orang pertama yang ziarah si sakit.
Pastu sibuk tanya orang lain, “Engkau dah ziarah ker belum si sakit tu? Aku dah pergi semalam.” Seolah-olah tidak perlu lagi pergi. Mungkin kalau si sakit tu mati baru dia nak datang balik. Tu pun kalau datang.

Yang terakhir pasal jenazah. Haa yang ni lah masa yang sangat menghibakan, masa di mana kita lebih mudah untuk mengukur diri, muhasabah diri. Masa ni lah kita boleh nilai di manakah kita. Dah cukup amalan ke belum. Umur dah meningkat, amalan meningkat ke tidak.Jadi janganlah ambil remeh perkara ke enam ini, iringi jenazah bagi lelaki. Biarlah seratus kali pun, kalau ada peluang, jangan lepaskan. Gunakan sebaik mungkin. Ini merupakan salah satu cara untuk kita insaf di atas perkara-perkara mazmumah yang kita lakukan yang mungkin kita lupa, lagha, lalai, dan sebagainya.

Marilah sama-sama kita amalkan hak kita terhadap sesama muslim pada tahun 1429H ini. Yang belum mula, boleh cuba. Yang dah buat, boleh perbaiki. Tiada yang sempurna selain Allah.
Sekian, wallahu a’lam.

Monday, 14 January 2008

anak muda yang marah...

ini surat aku nak hantar kat satu surau..sebab aku bengang.
ada pakcik nasihatkan aku jangan hantar surat ni sbb..kesan buruknya lebih dari kesan baiknya.
dengan itu aku post surat kat cni untuk puaskan hati aku yang marah dengan kejahilan dan kedegilan berpanjangan sesetengah orang...hhmmmm....
------------------------------------------------------------------------
Pengerusi Jawatankuasa Surau

Assalamualaikum wbt.

Tuan,

Surat ini ditulis untuk meluahkan rasa tidak puas hati saya terhadap tingkah laku salah seorang AJK surau ini yang telah menceroboh privasi kami (muslimat) di surau tersebut. AJK tersebut telah memperkenalan diri sebagai En. S.

Pada 13 Januari 2008, saya bersama tiga saudara perempuan serta saudara lelaki saya solat Asar di surau ini dan pada waktu yang menunggu masuk waktu maghrib. Dalam masa kami menunggu ini, kami didatangi salah seorang AJK surau ini menegur abang saya yang sedang bercakap dengan kami. Walaupun sudah dimaklumkan bahawa kami berempat sedang berada di bahagian muslimat, AJK ini tetap memasuki bahagian muslimat tanpa meminta izin atau memaklumkan kami. Kami amat terkilan dan kesal dengan tindakan AJK ini kerana memasuki bahagian muslimat tanpa izin dan tidak menghormati kami yang tidak menutup aurat ketika itu.

Telah berlaku sedikit pertelingkahan kerana kami amat marah dengan tindakan beliau. Beliau langsung tidak meminta maaf atas tindakan tersebut, malahan memberi alasan sudah menjadi tugas beliau adalah untuk membuka pintu. Kami tidak berpuas hati dan meminta beliau memohon maaf kepada kami atas tindakan gelojoh beliau.

Saya amat berharap tuan dapat mengambil perhatian terhadap sikap AJK surau ini dan saya menuntut supaya beliau meminta maaf atas tindakan tersebut. Saya juga berharap agar organisasi surau ini akan lebih menghormati dan menitikberat soal aurat muslimat dan bukan ’main redah dan belasah’ sahaja. Pintu bahagian muslimat adalah lebih baik ditutup daripada dibuka atau dinaikkan tanda ’untuk laluan muslimat sahaja’ supaya aurat muslimat akan terlindung jika ada yang melalui pintu muslimat.

Saya amat berharap perkara seperti ini tidak akan berulang di masa hadapan. Kerjasama dan perhatian tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Maya Ijau

Friday, 21 December 2007

Khutbah points to be shared

Isi khutbah EIDul Adha 1428

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid(perkara lagho).
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

[H.R Termizi]
**kalau ada kotak kat sebelah setiap point tu, nampak gaya setiap point dah boleh 'check'...huhuhu...cam da ade je semua tanda-tanda tu..Ya Allah, masukkanlah kami di dalam golongan kau lindungi..amin..

Qurban vs Syukur

salam..

rase macam nak mencoret skit (byk sbnrnye..hehe)
bile difikir2..banyak benda dalam kepala ni..

tapi dalam post kali ni nak citer pasal Qurban,syukur, gratitude..
satu perkara yang kite selalu 'take for granted' sehinggalah ia ditarik daripada kita..

semalam adikku, cik muni tanye, "Kak Ya, nape manusia ada bulu kening?"
aku penah terpikir soklan yang sama tapi tidak ketemu jawapannya..
aku teka la.. "supaya ada keseimbangan pada wajah.." salah....
jawapannya, " untuk halang peluh masuk mata.." kening itu dicipta untuk divert peluh di dahi ke tepi..untuk menjaga mata..Subhanallah, kerdilnye rasa..ciptaanNya sungguh hebat.
even pada wajah kita pun ada buffer zone, nak menampan air mengalir deras, tetiba pikiran ni teringat isu alam sekitar yang makin meruncing di Malaysia..hutan gondol..banjir..
eh hello, even kening melindungi mata kite, same jugakla pokok, menahan aliran air deras dari mencetekkan sungai...nape la ramai nye manusia2 yang penting diri, sukati gondolkan hutan ni..(marahhmarahhh!!)

LOve, kasih sayang..
last week, saudara kami dapat baby girl, NUR SAKINAH..everyone's heppi..comel betul si kecik tu..pipinya mcm kuih pau..hehe..aku plak semenjak dua menjak ni suka sangat kat baby..siap mimpi main dengan baby..excited nye..! namun di sebalik keseronokan itu, tersirat kesusahan seorang ibu, sakit perit ibu, lukanya..bengkak susu..huhu..sudahkah anda bersedia..? bukan itu persoalannya..hehe..sebenarnya UMMI..tu yang tersirat..pengorbanan seorang ibu..kita selalu ambil enteng pasal ni..(cakap kat diri sendiri) siapa yang masih ada..sayangilah ibu kalian.. ummi..pelukan dia, ciuman dia, sentuhan dia, gelak tawa, tangisan dia sebenarnya menyuburkan jiwa..everytime i got a big hug from my mum, my heart blooms and says, "cherish this moment, maya.." Kasih sayang ibu tu tak pernah kering, melimpah2 ada..sampai tak sempat nak ditadah..
hopefully when the time comes..for me to be a mother..i will be just like my mum..amin..

kesihatan..
well, in my previous post, i am obviously injured..
alhamdulillah dah bole jalan..drive to work..
tapi sakit masih berbaki..my back n ankle is still hurt somehow..allignment lari katenye..
nikmat ape yang ditarik mase sakit ni..let me tell u this..Nikmat Sujud..

sebenarnye aku masih solat di atas kerusi, kaki ni masih tak membenarkan aku duduk antara dua sujud..jadi aku ni da lame la jugak tak sujud di atas sejadah..jauhnya rase..jauhhhhh...
pagi tadi semangat pergi solat raya..excited, lupa kaki sakit..tapi masa solat tahiyyatul masjid barulah ku sadar akan kekurangan diri ni..adoi..sakitnya nak habiskan dua rakaat tu..lepas tu aku pun terus cari kerusi, alhamdulillah jumpe..tapi aku betul2 sedih la..seronot sebenarnye sujud nih..baru sekarang terasa..bila nikmat tu ditarik..

So, apa macam??Qurban vs Syukur..dua-dua sama penting kan??
Same-same la kita fikirkan...

Sunday, 9 December 2007

mamualabkari


ni mamu saya..
mamu kawen dengan kak mas..hehehe..
hensem and lawa..
pakai tongkat pun maya datang tau..~! hehehe

tadi mamu cakap.."delete no. mamu, tahun depan save balik." nape plak?? "jangan kacau mamu..(honey moon) hahaha!!" hehe..macam le salu kaco mamu..

mamu...semoga berbahagia selalu..dunia akhirat!
Okies~

O.kay.you


DISABLED. KURANG UPAYA.KERUSI RODA.

haaa...aku dapat peluang untuk menguji keprihatinan rakyat Malaysia..
seperti yang tertera dalam previous post..

semalam, bila bangun pagi, rase dah boleh pijak skit2.. boleh la jalan pakai tongkat..maka aku teruskan jugak plan nak g PC Fair kat KLCC, bergaya dengan tongkat ummi (tongkat orang stroke tu..) semangat tak?? heheh.

dapat sms dari kawan2 yang prihatin..(terima kasih) tapi kena jawab dah ok, sbb bole g KLCC.
LRT: dapat duduk dalam train..hehe..teringat iklan si Adlin.

well perjalanan tu agak lambat la. adik bongsu kena slow down jalan dengan kakak yang pakai tongkat. baru la aku paham maksud kurang upaya. semua jadi susah. if sebelum ni, multi-tasking is very easy, tapi bile bertongkat, nk cek sms pun kena stop walking..huhu..

bile jalan tu semua orang pandang..macam tu la kite memandang diorang selama nie..bile sampai kat ctu, haa..mencabar jugak nak jalan..maklumla..slow, ade tongkat..ade jugak orang yang hampir jatuh terlanggar tongkat sakti i..hehe..tapi seme tak jadik marah sebab OKU..namun ade juga yang selfish, main langgar je orang bertongkat ni..

beli dah selesai membeli belah..tiba masa untuk ke TANDAS..huih..panjang btul Q untuk semua pintu toilet..aku pun nampak simbol seperti di atas, dengan mesej " Kepada OKU, sila minta kunci tandas daripada petugas" aku pun mintak la..hehe..bestnye toilet yang besar, bersih nih.. alhamdulillah, sekejap je dah selesai..

bile balik, nak Q LRT, dapat privillage beratur di pintu yang terdekat..depaaaaaannnn sekali..n of course dapat duduk dalam train..

begitulah perjalanan seharian aku sebagai OKU. kepada mereka yang prihatin, terima kasih. semoga keprihatinan rakyat Malaysia akan bertambah-tambah selepas ini..

sekian, terima kasih..

Friday, 7 December 2007

KUDA makan saya !!!

daH dua hari hujan..and this is what i get..

semuanya terjadi apabila Star the stallion mengamuk..
kami baru nk bermula nak bersiar-siar di Genebank, tapi Star degil..dia nk balik stable..
memang waktu makan dia..tiba2 Star lari n buat U-turn..maya pun melambung-tercampak-jatuh terjelepuk di atas tanah merah tepi tasik..sakitnye..!!!! kaki tak leh gerak..
maka berlari-larilah Ghazali dan Dr. Jamil ke tempat kejadian, begitu juga Kak MAya the supplier...
mase tu sakitnye blom terasa, tapi memang takleh nk gerak langsung kaki kiri ni..
lepas 5 minit camtu, baru boleh pusingkan badan..then cuba naik ke stable untuk buat pemeriksaan lanjut..
haaa..mase ni sakit dah terasa..kaki kiri ni takleh nk pijak..azab jugak lan kak maya n Dr. Jamil nak papah naik bukit ke stable tu..huahuahua...!!
(btw, mmg nasib saya baik jugak la ada Kak Maya kat ctu, buat peneman, kalo tidak aku ditemani dua lelaki ni jek..)
mase kol dah dekat kol 6, then we decided to go to the Hospital Serdang, bcoz kaki dah makin bengkak, belakang dah terasa sakit..huhu...
so kitorang pegi la sepital..merasa la ditolak atas wheelchair..glamour kejap sbb jatuh kuda..(masalahnye unsur glamour amatlah tidak diperlukan di saat ini!) dikategorikan sebagai kes berat gak, maka maya pun cepat mendapat pemeriksaan doktor..by 6.30 dah dok dalam wad kecemasan, terbaring...dan datanglah Dr. F. Anis buat pemeriksaan..ditekan ape yang patut, tanye ape yang patut..bile die tekan pelvis aku, dah la aku bantai menjerit..bukan sakit..tapi terkejut + geli..kahkahkah!! terkejut Dr. F. Anis..terpaksa die repeat procedure tu..alhamdulillah aku tak sakit ape2..kadang2 aku ni ceria tak bertempat...kena marah dgn Kak Maya..die kate, jgn le asik gelak, nnt Dr. tanak attend segera..lima minit je aku bole serius pastu aku buat balik perangai aku..gelak..kihkihkih..pehtu nurse pun cocok punggung aku dengan ubat tahan sakit..mak ai..sakit..
maka tiba saat untuk X-ray..hoho..ni yang Best..X-ray SYSTEM broke down..maka semua patient yang kena x-ray duduk la bertapa..n ape yg unik lagi malam tu, semuanya cedera sebelah kiri..kaki kiri, tangan kiri..lapar, dahaga, semua ade..tapi takleh makan,minum b4 Dr. cek, bcoz, if keadaan memerlukan, patient perlu pose untuk operation..huhu..
sambil2 tunggu tu, Ghazali teman aku, teman buat aku gelak..hehe..pastu die perasan mata aku bengkak sebelah kanan..makin lama makin bengkak, mula2 ingat kena gigit nyamuk. aku pun panggil nurse, nurse panggil Dr., haa..rupanya aku alah kat ubat tahan sakit tu..maka aku kena cocok plak sekali lagi, ubat nk tahan alergic reaction tu..yang ni mmg sakit..ingatkan sakit cam derma darah, rupanya...huhu..lame plak tu, byk gak yang nak disuntik tu..lepas kena suntik tu aku cam 'high+sleepy' plak..rupenya aku alergic pada Diclofenac. kena elak pain killer ni next time. bertambah la list alergic aku..penicillin, diclofenac..budu..hehehehehe...
aku terdengar medical assistant tu ckp kat salah satu patient ni.."jap lagi maybe seme yang kena x-ray akan dibawa ke Hospital Putrajaya..naik ambulan.." haa..aku dah nak seronok plak.sbb merasa naik ambulan..(boleh ke..?? bukan nye ingat kaki sakit, belakang sakit..) tak lame lepas tu, Dr. F. Anis datang kate X-ray dah boleh guna..yeaaayyy!!!
dalam kol 9, aku pun ditolak ke Bahagian X-ray...sempat lagi melambai kat Ghazali n kak Maya, mase ditolak tu, rase cam dalam tv plak.. pintu melepasi pintu, pastu melepasi lorong-lorong sunyi dan gelap..mase dah sampai bahagian X-ray, kenala tunggu turn, sbb ade 3 orang tunggu. sempat la aku tengok senario kat tv3..haha! tetiba aku terdengar suara budak kecik menangis kat belakang aku, pelik, sbb mase tu mmg takde budak kecik. aku pun pusing..dari bilik yang gelap, merangkak seorang budak kecik sambil menangis..panik + seram japs..ape budak kecik tu buat dlm bilik gelap..kena culik ke..mak die sorok ke..die ilang terkunci dalam tu ke..mcm2 aku pk..budak tu melalak la..haaa..aku pun cakap.."Encik, anak sape nihhhh??!!" tetiba ada sorang mamat bertugas kat ctu, berlari2..rupenye anak die..hahaha..baguih, jaga anak..tapi buat orang terkejut jek..
ok, berbalik pasal X-ray tadi, aku pun masuk dalam tu, buat aksi2 "pose" untuk dapat gambar2 menarik..haha!! kaki tegak, mengiring, bengkok lutut, badan tegak mengiring..dll..
pastu aku ditolak balik ke wad kecemasan, untuk tunggu result. personnel x-ray tu kate nampak cam retak kaki aku tu..huhu..aku pun doa n gunakan LoA kate aku dah sihat..
so, after 20 minutes or so, Dr. F. Anis datang dan mengkhabarkan berita yang takde apa-apa yang patah..terseliuh, soft tissue injuries jek..alhamdulillah..kaki aku pun dibalut dan aku dibenarkan keluar. dapat MC untuk ari isnin..
11.30, sampai umah, mak aku terkejut..die ingat tak serius, sb aku ckp tak seliuh je..bile balik kena papah..panik jap..pastu aku citer la citer sebenar..
aku boleh baca muka die yang risau, cam tak kasi aku ride lagi..tapi aku tak berani nk mention..
sbb aku blom serik..nak ride lagi....

Saturday, 1 December 2007

A list of mine

1. Speed Reading
2. Ten Thumb
3. Swimming
4. Sign Language