Wednesday, 22 September 2010
kedewasaan yang diuji
Sepanjang hidup aku, aku lihat pelbagai masalah.. masalah aku, masalah orang lain.. masalah keluarga..dan macam-macam lagi lah. Maha Suci Allah yang telah mengurniakan kita AKAL dan IMAN untuk menyelesaikan masalah...
Pastu aku terfikir, apa agaknya ujian untuk aku.. sebab masa tu masih muda remaja, terlintas di fikiran agaknya bagaimana aku akan bertindak dengan masalah yang menimpa..
Masalah sudah pun datang bertandang..
Sungguh aku tak sangka aku diberi kekuatan untuk terus bertenang dan rasional.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al-Ankabut, ayat 2
Semoga aku tabah mengharunginya..amin...
Wednesday, 1 September 2010
Salah juga lagi??
“Cintakan Islam dahulu, baru cintakan saya..”
Cakap pasal hidayah, aku terbaca artikel ni ‘Bintang Ramadan di Tanah Kepulangan’ di saifulislam.com. Tersentuh betul hati aku bila baca artikel ni (bacalah! Baru faham ape yang aku cuba nak sampaikan). Abu Saif telah mengIslamkan 18 orang (based on the date of the article) . Aku tanya diri aku.. Dah berapa orang, Maya? Huhu…Aku ada simpan azam, dalam kehidupan ini aku akan cuba mengIslamkan sekurang-kurangnya seorang manusia.. InsyaAllah..kena teruskan usaha..
Masih bercakap pasal hidayah..
Betapa terbukanya Islamic Centre di perantauan.. boleh dilawati oleh manusia pelbagai bangsa dan agama.. mereka boleh berada bersama orang yang solat, memerhati cara kita solat, asalkan mereka berada dalam keadaan yang bersih..
Betapa kesalnya aku dengar drama di media berkenaan orang bukan Islam tidak boleh masuk rumah agama Muslim.. siapa yang jumud sekarang? Transformasi menjadi lebih jumudkah? Dalam hal ini, aku setuju dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang menyatakan perkara ini bukan isu yang patut diperbesarkan..hanya orang yang ‘tidak tahu’ yang akan mengeluarkan tuduhan melulu sebegini..
Islam itu indah, jadi jangan jelikkan ia dengan kejahilan kita sendiri. Manusia di luar sana ramai yang ingin tahu tentang Islam, mengapa mesti kita tutup jalan itu? Biarlah mereka hanya datang untuk menyampaikan sumbangan untuk bulan Ramadhan. Tengok, even bulan ramadhan itu sendiri boleh jadi satu tarikan kepada Islam. Jadi mengapa kita mesti tutup jalan itu? Berada di dalam masjid mungkin akan memberikan satu perasaan yang tersendiri buat mereka yang mencari kebenaran, Jadi mengapa kita mesti tutup jalan itu? Dakwah itu dengan hikmah kan? Urusan hidayah itu adalah urusan Allah, tetapi kita mesti terus menyampaikan..dan bagaimana mesej ‘keamanan’ ini dapat disebarkan jika kita sentiasa menutup jalan-jalan yang ada??
Jadi apa masalah kita wahai rakyat Malaysia?
Bertanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak tahu..
Jangan buat-buat tahu, melatah, nanti malu (pada Allah)..
maya ijau kuat cemburu
Ummi seorang usahawan yang berjaya.. Ummi OKU yang kuat semangat.. OKU bukan halangan untuk Ummi perjuangkan jihad bisnes beliau. Ummi kuat kerja..sama cam Kak Ida..memang padan diorang berdua ni..
Dulu masa aku dengan Ummi je.. Aku ade juga terasa bestnye kalo ummi ada PA, takde la dia penat sangat bila dia keluar berurusniaga sendirian, kadang2 bila ada kat umah, kaki jadi tegang, urat belikat bersimpul..demam sebab semua kena buat sendiri..susah hati kalau Ummi balik lewat. Aku pulak kerja tak tentu masa, asyik out station…huhuhu.. Alhamdulilah, dengan adanya kak Ida semua orang gembira kerana semua tak perlu susah hati lagi..
Cuma ada satu perkara..
Sekarang aku cemburu..
Cemburu sebab ummi dah jarang panggil nama aku..
Dulu.. “Maya, ambikkan ummi air..”, “Maya, tolong sapu minyak kat belakang ummi..”
Sekarang.. “Ida..itu…Ida ini…” Cemburunya aku sebab kurang peluang aku nak berkhidmat untuk Ummi..
Mungkin aku yang tak efisien..
Tapi patut ke aku cemburu atau aku patut bersyukur dan berlapang dada sebab ummi aku makin ‘senang’ dengan bantuan Kak Ida..??
Tuesday, 17 August 2010
Satu tahun!
Maya Ijau @ Kayseri, TurkiTahun lepas, aku tiba dari Istanbul sehari sebelum Ramadhan..
Pengembaraan aku selama 6 bulan.. dengan muka hitam berkilat 'tak boleh blah' sebab tak tahan panahan matahari musim panas di sana..
Aku balik dan keje aku tidurrr...Jetlag aku berminggu2.. bos aku perli gaks..hehee..sebab takkan berminggu2 kot..tapi ape nak buat...ade benda2 yang kita tak boleh kawal kan..
memang puas hati...sebab banyak kenangan manis dan pahit aku bawak pulang..
Yang pasti aku yang sekarang tidak sama seperti yang dahulu..banyak benda aku belajar di sana...betul...jauh perjalanan, luas pengalaman..luas permandangan.. :)
Rasanya macam2 aku nak citer kat cni..tapi belum berkesempatan..bukan ape, aku kalo boleh nak boh gambar best2 dalam posting tu..tapi tak sempat nk korek2 folder gambar tu...
tengoklah..aku cuba nanti ye..hehehe..
Sunday, 15 August 2010
Bertuah jadi Lampu Dinding
Semasa aku pergi mesyuarat di PD minggu lepas, bos cakap kat aku..
"Haa..Maya.. saya baru perasan awak takde dlm meeting tadi.. tiba-tiba awak
muncul.. panjang umur awak.."
Aku plak jawab..
"Boss, saya tanak panjang umor... (bos buat muka konpius)..saya nak
keberkatan umur tu..pendek umur takpe, panjang umur pun takpe..janji
berkat..(bos pun angguk-angguk)****************************
Aku bagi ole-ole kat boss aku aritu dan dia cakap ni..
Aku just nak berkongsi apa yang telinga aku dengar malam tadi dari corong radio.."Thanks Maya..saya doakan rezeki dan umur awak diberkati.."
Erm..nampaknya boss tangkap ape yang aku cakap hari tu..alhamdulillah..
*************************************
walaupun zaman sekarang tiada lagi lampu dinding (minyak tanah) dan corong radio (sebab semua orang pakai speaker)..
HIDUP INI BAGAI LAMPU DINDING
YANG DINYALAKAN DI MALAM HARI
APABILA MINYAK SUDAH KERING
IA AKAN PASTI PADAM SENDIRI
BEGITU JUGA MANUSIA..
Ustaz yang beri tazkirah semalam cakap, untung lagi jadi lampu dinding, sebab jika minyaknya habis, boleh diisi lagi..tapi lain pula tentang manusia, tiada 'isian semula'..nyalaan 'hidup' itu hanya sekali..jika ditakdirkan minyaknya sedikit maka pendeklah tempoh nyalaannya..jika untung, maka lama la ia menyala..
betul juga..
Ustaz kemudian kaitkan tentang hidup manusia dengan amal solehnya..
Amal Soleh bukan sahaja apa saja yang kita lakukan di 'masjid'..amal soleh ni macam2...
Jadi ayat-ayat seperti..
"Mak dah tua.. toksah la bawak anak-anak engkau datang sini.. tak larat mak
nak jaga, patutnya waktu begini mak pegi masjid.."
kata ustaz, dialog di atas..tak sepatutnya berlaku..
Kerana...Amal soleh itu pelbagai..even menggembirakan hati orang juga termasuk sebagai amal soleh..tak perlu tunggu sehingga nak ke masjid..jika menjaga cucu membuat hati anak2 dan cucu2 gembira, maka kita sudah skor!
Jadi jika muffin dan kek keju aku dah menggembirakan hati manusia sekeliling aku, kira ok la kan :) ermm..masih boleh improve.. hehehe
Ustaz kata, ketika Rasulullah sudah menghampiri ajalnya, baginda bukan sibuk menyendiri di masjid, tetapi Baginda sibuk mengelokkan hubungan Baginda dengan MANUSIA..baginda bersama isteri-isterinya, cucunya, jirannya, sahabat-sahabatnya..kerana keharmonian ini penting..jika ini amalan Rasulullah, maka siapa kita untuk mempertikaikannya..???
So, jika membuang duri di jalanan juga dikira sebagai pahala, aku pasti kita semua boleh lakukan yang lebih baik dari itu..BE SMART!
Wednesday, 11 August 2010
Kejar mengejar..
"Kalau kita pilik akhirat, dunia akan kejar kita..
Tapi kalau kita pilih dunia, akhirat akan tinggalkan kita.."
Pastu aku fikir..macam mana nak kejar akhirat..? Sedih juga mengenangkan diri yang dirasakan banyak lalai..aku fikir dan terus berfikir...
Suatu malam, sekali lagi, di corong radio, aku dengar ayat-ayat ini dibacakan..ustaz tu menafsirkannya...
Dan pada masa tu aku rasa..ini rupanya jawapan kepada persoalan aku..macam mana aku tak 'nampak' sebelum ini.. Surah Al-Lail..
﴿إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّى﴾
4. sesungguhnya usahamu memang berbeda-beda.
﴿فَأَمَّا مَنْ أَعْطى وَ اتَّقى﴾
5. Adapun orang yang memberi (menginfakkan hartanya di jalan Allah) dan bertakwa,
﴿وَ صَدَّقَ بِالْحُسْنى﴾
6. dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga),
﴿فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرى﴾
7. maka Kami kelak akan menempatkannya di jalan yang mudah (mempermudahkan urusannya)
Allah yang sayangkan aku tu..telah jawab soalan aku..
MUDAH sahaja nak pilih akhirat..
- Rajin memberi (bersedekah..membantu dengan tulang 4 kerat..dll)
- Bertaqwa (errm..ini mencabar sikit..tapi kita kena sentiasa cuba mem'baik'kan diri kan?)
- Membenarkan adanya perkara baik (dan percaya berbuat baik, dibalas baik..)
- Seterusnya dengan mudahnya Allah akan mudahkan urusan kita..(urusan kita kan pastilah di dunia dan di akhirat kan? kan?) See..'dunia akan kejar kita..' bantu kita jadi 'soleh'..wow!!
Tapi ada sambungannya..
﴿وَ أَمَّا مَنْ بَخِلَ وَ اسْتَغْنى﴾
8. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup,
﴿وَ كَذَّبَ بِالْحُسْنى﴾
9. serta mendustakan pahala yang terbaik,
﴿فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرى﴾
10. maka kelak Kami akan menempatkannya di jalan yang sukar.
﴿وَما يُغْني عَنْهُ مالُهُ إِذا تَرَدَّى﴾
11. Dan hartanya tidak akan bermanfaat baginya ketika ia telah terjerumus (ke dalam neraka Jahanam).
﴿إِنَّ عَلَيْنا لَلْهُدى﴾
12. Sesungguhnya kewajiban Kami-lah memberi petunjuk,
﴿وَ إِنَّ لَنا لَلْآخِرَةَ وَ الْأُولى﴾
13. dan sesungguhnya kepunyaan Kami-lah akhirat dan dunia.
Haa...ingat ni..
- siapa yang BAKHIL aka Kedekut, Kikir, Taik Idong Masin, (tak kira la kedekut harta ke kederat ke, kedekut ilmu ke...)
- dan orang2 yang berpendapat dan suka cakap "buat baik, buat jahat sama je.."
- TUHAN dah warning, Dia dengan mudahnya (tiada yang susah buat Tuhan) akan 'susah'kan hidup kita..harta kamu tu takde maknanya mase Dia campak kamu dalam neraka..sendiri mau ingat sebab dunia dan akhirat semua adalah milik Dia.
Huhu...sungguh menyentuh hati aku...gerun rasanya..tapi aku rasa seronok bila jawapan ni aku dapat...Terima Kasih Allah!
NOTA: Sila baca sepenuhnya surah ini..sesungguhnya ia adalah surah yang indah! :)
Why conserve water?
I have always been fascinated by the natural world. I even have a nickname, ‘Maya Ijau’, which means green-Maya. The excitement of learning and experimenting new thing always gives me a jolt and I’m enjoying it. With respect to the environment, me my family choose to recycle. We try our best to manage our waste of the day by separating it by its type. In relation to water conservation, it made me think. Have I done anything to conserve our precious water? So I did some internet surfing just to see what can be done. These are some of the things I have been practicing without knowing it actually helps to conserve water.
I usually turn off water while washing my hair and brushing my teeth. When using the toilet, I drop the tissues in the trash instead of flushing it and save water every time. I also shorten my shower most of the time and I prefer to use the shower as bath tub requires more water. Then just now I got new tip that said I can do more by keeping a bucket in the shower to catch water as it warms up or runs. Use this water to flush toilets or water plants.
Cleaning is one of our unavoidable daily chores. When doing laundry, I usually match the water level to the size of the load and run my clothes washer only when they are full. One thing I notice is there were too cups, glasses to be washed everyday especially when all of my family members were at home. So, the next time they come I will ask everyone to designate one glass for drinking water or get themselves refillable water bottle. This will cut down on the number of glasses to wash. I also hope that I will be more active to collect the water used for rinsing fruits and vegetables then reuse it to water houseplants.
Living in the tropical region, most of the time we enjoy cold drinks. The next tips I’m going to apply for cold drinks are to keep pitchers of water in the refrigerator instead of running the tap. This way, every drop goes down to me and not the drain. During my day out and when I have ice left in my cup from a take-out restaurant, I will not throw it in the trash; instead I will dump it on a plant. This is so easy.
The next tip is very vital for the public. It is important for everybody to responsible to report any broken pipes, open hydrants and errant sprinklers to the property owner or the water provider. This will help to save water and most importantly it saves public money.
I’m sure that everybody has done something that contributes to water conservation but most of us are not aware of that. The activities will remain the same, but when we put a value to it, as for this reason it will for water conservation, we will appreciate it more and we will definitely gain self-satisfaction, that’s for sure. So the next thing I would do is to share water conservation tips with my friends, family, neighbors and all fellow bloggers out there. It is tedious work but hopefully our small daily contribution will help to save our precious water and Mother Nature.
Monday, 2 August 2010
Manusia itu dalam kerugian..kecuali..
Sejauh mana kita menghargai masa..?
To realize the value of ONE YEAR,
Ask a student who failed his or her final exam.
To realize the value of ONE MONTH,
Ask a mother who gave birth to a premature baby.
To realize the value of ONE WEEK,
Ask an editor of a weekly magazine.
To realize the value of ONE DAY,
Ask a daily wage laborer who has six kids to feed.
To realize the value of ONE HOUR,
Ask the lovers who are waiting to meet.
To realize the value of ONE MINUTE,
Ask a person who missed his or her train.
To realize the value of ONE SECOND,
Ask the person who survived an accident.
To realize the value of ONE MILLISECOND,
Ask the person who won a silver medal in the Olympics
To realize the value of this precious LIFE,
ask the person who is now six feet under!
Sunday, 11 July 2010
nota untuk Farah Diana..
Salam Dee..Cantik betul awak aritu..tak puas mata memandang..berseri2 betul pengantin nih..
Awak, saya mintak maaf saya nanges kat kenduri awak..peluk awak beriya-riya macam orang mati mak..huhu..habis tiara atas kepala awak kan..drama queen!
Perasaan bercampu baur..sedih pun ya, gembira pun ya..rindu sudah pasti..
Diana yang Maya sayang..awak selalu buat saya ketawa..dengan awak boleh manja2..sebenarnya saya ni keras cam batu, tapi bile kawan dengan awak, licha n tim..saya pun cair..hehehehe..
Saya tahu saya ni moody, salu je termarah, terkasar bahasa..mintak maaf banyak2.. tapi ketahuilah saya sayang korang..
Jadi bile mengenangkan hari istimewa licha n tim yang dah terlepas dek kerana tuntutan kerja, saya betul2 berharap dapat datang kenduri awak..memeriahkan, tolong2 mane patut..
hari nikah awak saya kena g meeting..jadi hari sabtu, saya bajet mesti datang awal..berjanji bagai nak rak dengan Hilmi dan Suci..nk jumpa sama2..nak jumpa Licha n Tim...tuhan sajelah yang tahu rindu saya kat korang ni..tapi kalo pegi sorang, sure awak akan tanya, mane ummi, fiqri, adik2..maka saya decide nak bawak semua org..
maka, pagi Sabtu, saya tolong teman ummi hantar barang..dan terlewatlah pulang kerana bagi laluan orang tua bersembang, nak mencelah tak sampai hati..Nak bersiap tup tup dah kol 2..
paling tak dapat nak terima, atas kecuaian sendiri tak perati kad betul2..
tapi mujurlah sg.buloh tu dekat..Tim tolong sms alamat, dan Kg. Kubu Gajah tu saya biasa pegi..
itulah kesah saya nak menyampaikan diri ke kenduri kamu..sebab itu saya tak dapat tahan hujan nak turun kat bahu pengantin..
Dengan ibu pun nak berjasa, dengan kawan baik juga tak dilupa..pohon ampun dan maaf ya..
ralat betul gambar pun takde..tapi takpe la..semua masih segar dalam hati dan minda..senyuman manis awak kite ingat sampai bila2..hehehe
akhir kata, selamat melayari bahtera rumah tangga..banyakkan bersabar dan toleransi..selamat bercinta hingga ke syurga..!!! :)
kisah orang kecik..
Ada dua beradik, kakaknya berusia lima tahun dan adiknya 3 tahun..Opah dari kampung datang dan adik cakap begini..
Adik: Nenek datang...
Kakak: Bukan nenekla, opah...
Orang kecik panggil opah, orang besar panggil mak..
Adik: Pura-pura paham..
Hehehe, sekian terima kasih.
Aku rasa cerita ini sangat kiut..baru sahaja dilipurlarakan bulan lepas..