Pertamanya aku nak ucap tahniah kepada penulis novel dan pembikin filem Laskar Pelangi ini..garapan menarik..dinamik..memberi inspirasi pada pandangan aku yang bukan expert menonton filem..hehehe...
untuk mendapat sinopsis cerita boleh lawat link ini..
cuma bila aku tengok filem ni, teringat zaman kecilku..
kami adik beradik dihantar ke sekolah 'bukan biasa'.
aku dihantar ke sekolah 'dhaif' pada pandangan mata..tetapi 'kaya' pada pandangan hati..
jadi bila aku tengok filem ni, aku rasa cam teringat kat guru-guru yang mengajar kami..tanpa jemu.diulangi tanpa jemu. Ya. jika dibandingkan dengan kelayakan yang mereka ada, mereka selayaknya adalah jurutera, akauntan dan sebagainya..kalau kepuasan material yang mereka cari sudah pasti sekolahku tidak berguru..sebaliknya mereka habiskan hidup mereka membentuk kami..tak terbalas jasamu wahai Muallim dan Muallimah..
"sekolah yang tidak mengukur segalanya dengan material, tetapi dengan hati.."Kadang-kadang kita terlupa..bahawa material bukan penentu segalanya..filem ini menyingkap bahawa, yang membezakan 'kita' dari orang lain ialah apaabila kita kembali untuk memberi, bukan terus ditelan dengan kemewahan dunia..itu yang membezakan 'kita'..dan yang pasti.. mendidik itu bukan mudah..
"hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya..bukan hidup untuk menerima sebanyak-banyaknya"saya setuju 200%. hiduplah untuk memberi...dalam maksudnya..pesanan yang diulang-ulang di dalam filem ini..
antara sedutan filem yang menarik (pada aku la...) ialah
1) ada seorang budak ni, Borek nama dia.. berbadan sasa berbanding yang lain. di dalam kelas, guru bercerita tentang kisah bahtera Nabi Nuh a.s. bagaimana golongan yang ingkar ditenggelami banjir besar. So, salah seorang pelajar (Ikal, watak utama) tu cakap kat Borek..
"kalau kau tak sembahyang, kau harus berenang..tak guna otot-otot kau yang besar tu kalau kau tak pandai berenang.."2) Mahar dan kawan2 pergi ke Pulau untuk berjumpa Tok Bomoh, nak mintak tolong dapat markah tinggi dalam peperiksaan..syarat Tok Bomoh, esok pagi kena baca mentera ramai-ramai, sesiapa yang tak penuhi syarat akan bertukar jadi Kodok..hehehe..manteranya ialah..
"kalau nak pintar..belajar, kalau nak berhasil..usaha.."tepat sekali!!!!! ekspressi budak2 dalam filem tu buat aku tergelak besar..message conveyed..
3) pesanan terakhir filem ni...
"kejar pelangimu sampai ke hujung, jangan pernah menyerah..."aku belum nampak lagi pelangi kat Erzurum ni, so selum dapat kejar lagi..sebab hujan tak selalu..hehehe... and surely i'll send postcards to Malaysia, for myself, friends and my loved ones..sort of a memoir la..
tengok la citer ni, and you'll figure out why..it is soooo inspirational..!!
5 stars!!!
7 comments:
maya baca buku dia ke tgk cerita dia?
hoho! donlod ke?
oh oh! muni baru tringat~ muni pegi oo konferen laskar pelangi ni mase pkenalkan buku nih. dah jumpe andrea nye.sgt sempoi! cite tuh cite betol, die gune name cekgu die yang btol jugak rasenye. sume cite pasal die kecik2 dulu~ bes, mase nak beli tuh dah abes dah buku nih. so, myb ade pasni, mau bli ka? ke u dah tgk cite da takmo?
owh..panjang plak..
akak tengok movie aje.
buku die ada 4 bijik..tetralogi katenye..sukatila kalo nak beli..beli la...
mak ai! 4 biji ke kak? erm ok. sedang berfikir apa langkah harus dibuat? memcari,mendolod atau tak payah semuanya. :)
let's find the e-book of it..
kalau ada jumpe, jangan lupa kongsi ye..sharing is caring..hehehe
hehehehe betul jugak tu, e-book. tapikan i can't feel la kalau buku bahasa indon. kadang2 keliru dengan apa yang nak disampaikan. baca buku yang diterjemah pon rasa kureng. alangkah bestnya kalau penulis malaysia lebih kreatif. 4 ur info, ayat2 cinta pon i tak baca. i suke salju sakinah je. hihi
Post a Comment