Sunday, 3 May 2009

of courselah!!

Bagaimana pula dengan rakyat Malaysa yang jatuh cinta kepada Turki?? I found this article in Berita Harian (today)

Duta Turki jatuh cinta kepada Malaysia
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

Barlas Ozener

Barlas Ozener mempunyai darah Greece di sebelah neneknya, manakala datuknya berasal dari Russia dan mahu dirinya dirujuk sebagai orang Asia beragama Islam

UNGKAPAN 'of courselah' yang biasa kedengaran di kalangan sesetengah rakyat negara ini yang bercakap Inggeris, tetapi bernada Malaysia, terpacul dari mulut Duta Turki ke Malaysia, Barlas Ozener.

Maglish atau bahasa Melayu campur bahasa Inggeris tidak ketinggalan melanda Ozener yang berkhidmat di Kuala Lumpur sejak empat tahun enam bulan lalu dan jika diberi pilihan, mahu terus berkhidmat di negara ini.

Ozener, 63, sebenarnya sudah lama jatuh cinta terhadap Malaysia. Ketika bertugas di Beijing pada 1981, beliau berkesempatan ke Club Med di Cherating, Pahang.

“Ketika itu, Malaysia belum begitu maju dan saya belum melihat potensi pelaburan di negara ini. Namun, ketika saya memohon ditugaskan ke Malaysia pada 2004, negara ini sudah mencapai kemajuan mengagumkan.

“Bagaimanapun, saya masih melihat kehijauan di mana-mana,” katanya yang gemar pelbagai jenis makanan tempatan seperti sate, roti canai, rendang dan tom yam.

Anak kelahiran Ankara, Ozener sebenarnya mempunyai darah Greece di sebelah neneknya, manakala datuknya berasal dari Russia. Saya? Ozener lebih suka merujuk dirinya sebagai orang Asia beragama Islam.

Katanya, beliau adalah antara warga Turki yang kebanyakannya lahir daripada campuran pelbagai budaya.

Kedudukan Turki yang terletak di benua Asia dan Eropah serta susur-galur penduduk yang berasal dari pelbagai negara menjadikan kebanyakan warga Turki bersikap lebih terbuka dan bertolak ansur dalam kebanyakan perkara.

Adakah sikap keterbukaan menyebabkan Turki dianggap sebagai negara sekular? Ozener tersenyum apabila dikemukakan soalan itu.

Wajahnya tetap tenang dan memberitahu bahawa sekularisme dalam pentadbiran tidak boleh disamakan dengan pegangan agama penduduknya. Sekularisme adalah pentadbiran Turki, tetapi secara peribadi, beliau percaya politik dan agama tidak boleh digabungkan.

“Biarkan agama berdiri sendiri dan jangan dicampur aduk dengan politik. Kalau bersalah, saya berdosa. Kalau buat baik, saya dapat pahala. Ia adalah antara kita dan Allah serta tidak perlu diperlihatkan kepada orang lain,” katanya.

Katanya, Islam di Turki dan Malaysia adalah sama kerana dibawa oleh ahli sufi yang bersikap lebih terbuka.

“Turki melalui banyak peradaban. Sejarah Turki merekodkan mengenai kegemilangan Empayar Ottoman dan negara ini juga mempunyai sejarah berkaitan Kristian dan Yahudi. Kepelbagaian budaya dan agama menjadikan warga Turki lebih terbuka,” katanya.

Sikap keterbukaan, kepelbagaian budaya serta sejarah panjang Turki, katanya adalah aset yang unik dan baik untuk sektor pelancongan. Lantas, keunikan itu menjadi sebahagian kempen pelancongan Turki di Asia dan Eropah.

Hasil kempen mengenai keunikan Turki, katanya bilangan pelancong asing ke Turki antara Januari hingga Ogos lalu adalah seramai 18.5 juta, meningkat 15 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya, pelancong Malaysia juga memberi sumbangan besar kepada industri pelancongan Turki apabila kedatangan mereka meningkat dari hanya 6,000 orang pada 2003 kepada 23,850 orang tahun lalu.

“Orang Melayu di Malaysia dan warga Turki mempunyai banyak persamaan. Oleh itu, tidak susah mempromosi Turki di kalangan orang Melayu. Namun, mempromosi Turki bukan hanya kepada orang Melayu, tetapi kaum lain di negara ini. Kami perlu lebih bijak mencari kecenderungan pasaran,” katanya.

Sebagai duta, Ozener berpendapat beliau bukan hanya membawa Turki ke Malaysia, tetapi membawa Malaysia ke Turki.

Beliau memuji strategi kempen promosi pelancongan Malaysia yang menarik perhatian dan wajar ditiru negaranya.

“Di Turki juga ada perlumbaan Formula One (F1), tetapi hanya berlumba sajalah. Habis lumba, balik. Tetapi di Malaysia, perlumbaan F1 dipakej dengan pelbagai daya tarikan pelancongan lain, ia sungguh menarik,” katanya.

Berkhidmat di negara ini, Ozener juga melalui pengalaman mendapat perhatian masyarakat negara ini dan antarabangsa apabila ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim `mendapat perlindungan’ di Kedutaan Turki.

Walau apa pun tanggapan pihak lain, katanya setiap kejadian yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Apa yang berlaku dulu adalah situasi yang rumit, tetapi perlu ditangani dengan bijak dan lembut,” katanya yang menegaskan beliau dan negaranya tidak mahu campur tangan dalam hal ehwal negara ini.

“Saya tidak ada masalah dengan kerajaan Malaysia dan hingga kini, saya senang berkhidmat di negara ini, malah menunggu peluang jika perkhidmatan saya boleh disambung,” katanya.

Profil Barlas Ozener
Nama: Barlas Ozener
Asal: Ankara, Turki
Status: Berkahwin dan memiliki dua anak
Pendidikan: Graduan Sains Politik, Universiti Ankara, Turki

Journey to Kayseri #2

Boleh klik sini untuk baca Journey to Kayseri #1
erm...

14 April 2009
Jam 10 pagi, aku tunggu Zelis di depan Universiti Market..(ini adalah tempat pertemuan aku dengan sesiapa saje, kerana ia mudah..dan berdekatan dengan jalan keluar University).

Ape yang aku bawa:
  • Beg dan pakaian
  • Kamera
  • Wang 300YTL (Note: 100YTL=200MYR)
  • Kudapan
  • Buku John Gray yang blom abes baca..
  • PERMIT--penting oooo...!!

Bas kami bertolak jam 10.30 pagi. Tempat tunggu bas ialah tepi jalan dekat dengan Pintu Gerbang Universiti..lebih kurang lima 5minit berjalan dari Univeristi Market. punyalah sempoi..!! takyah pegi bus station...

Nama Bas: Dadas
Harga tiket: 35YTL
Perjalanan: 10 jam..huhu...

Buat pengetahuan semua, inilah kali pertama aku keluar dari Erzurum setelah lebih sebulan berada di sini...berdebar jugalah..

Maka, menjelmalah Bas ekspres yang dinanti...besar, tinggi..nampak cam dua tingkat..ia mempunyai luggage compartment yang amat besar, sebab tulah ia tinggi..

jadi, aku pun naik bas dengan Zelis..dapat seat tepi tingkap..
penumpangnya tidak ramai...10 orang kot..agak sedikit jka dibanding dengan saiz bas yang besar..terdetik dalam kepala,
"kalau camni, lingkup bisnes...huhu..10 jam, 10 penumpang je..??"
bila aku perhati aku perasan sesuatu...ada dua pemandu, tapi bukan dua2 sedang memandu..hahah!! kemudian ada sorang lagi..kerja dia periksa cek tiket..
aku baca doa naik kenderaan...maka perjalananan pun bermula...

perjalanan tidak menggunakan lebuhraya PLUS. terima kasih. Perjalanan melalui gunung ganang yang masih dilitupi salji..ada yang sudah mula cair, membentuk corak berbelang-belang..cantik..aku rasa amat rugi jika aku tidur..tapi 10 jam tu lame..boleh lemau..hehe..

Kebetulan aku dan Zelis masing-masing bawa buku untuk dibaca..jadi kami pun mula membaca...aku banyak berhenti baca sebab aku sibuk tengok ke luar...jakun katenye...hehe...

Sejam kemudian, pakcik pemeriksa tiket kelihatan menolak troli..wah..Pakcik itu adalah seorang PramuGaru..eh silap..PramuGara..!!! haha..die pun singgah pada setiap penumpang..tanye nak kopi/teh/air berkarbonat..walawweeh..tak sangka la begitu sekali..bas mesia ade ke camni...maap la kat mesia teman jarang naik bas ekspres..rase cam takde...
(kekerapan pakcik PramuGaru menjamu teh ialah lebih kurang setiap 2 jam..)

tetiba bas berhenti di tepi jalan..
kelihatan askar askar...arrgh...kecut perut..
aku pun keluarkan permit...
berdoa tak henti dalam hati, jangan apa-apa perkara tak diingini berlaku.
askar just pandang je permit aku dan semua perempuan dalam bas tu..maka benarlah kata Zelis..hanya ID lelaki yang diperiksa..
ID dibawa turun ke dalam pos pemeriksaan, dan nama penumpang akan diperiksa bersama senarai 'wanted person' mereka..alhamdulillah takde pengganas dalam bas kami..maka perjalanan diteruskan selepas 10 minit..

aku teruskan pembacaan selepas pekena air oren secawan...tak sampai 10 minit aku ZZZzzzzz....

sedar2 bas telah tiba di suatu terminal bus..aku bertanya pada Zelis di mana kita nih..dia kata..oowh...kita dah tiba di Erzincan..
Kelihatan beberapa penumpang baru naik..pakcik PramuGaru cek tiket lagi..tetiba di tanye sorang penumpang tu, turun di mana? penumpang jawab..Konya..

"Aik..bas ni nak pegi mane? Bukan Kayseri ke??"

Ahh udah..penin..
Maka Zelis pun menerangkan bahawa bas ini akan melalui tempat2 berikut:

Erzurum-Erzincan-Sivas-Kayseri-Konya-Isparta-Antalya
Ya Allah, jauhnyeeee!!!
Patutla ada PramuGaru dan aku tarik balik ayat aku bile aku kate lingkupla bisnes..sebab kalau camni..amat bagus la..betul2 serving the public..

Perjalanan kami berhenti dua kali untuk rehat dan rawat (R&R)..cantik tempatnye..semakin landai..semakin hijau..tetap sejuk..kelihatan petani sudah mula menanam...spring is coming!~
kitorang makan biskut je, sbb kate Zelis makanannya tak enak.. kite simpan perut lapar kite untuk makan di rumah Hatice nanti...heheh..

lebih kurang jam 8 malam kami tiba di terminal bas Kayseri, disambut oleh Hatice dan abangnye Halil...Syukur perjalanan 10 jam berjalan lancar = )

Gambar di sepanjang perjalanan:


...bersambung....

p/s: jam kol 4 pagi, azan subuh baru berkumandang...nak solat subuh dan izinkan ku tidur dulu ya...

Journey to Kayseri #1

Erm..ku gagahkan jua untuk menulis...sebab makin lame makin lupe..excitement makin hilang..

123 mula!!

10 April 2009
Hatice beritahu aku dia mengajak aku ke rumahnye di Kayseri. Aku terkedu japs..errr..Kayseri tu kat mane yer...?? di sini rupanya..hehe..

tapi aku cakap OK. Aku minta tolong die beritahu En. Haliloglu (En. H), yang merangkap my guardian and advisor..dia amatlah supporting..ON katenye.. pastikan kerja semua dah selesai..dan kebetulan kerja semasa aku memang dah aku selesaikan..
En. H pesan, esok bawak semua dokumen yang berkaitan dengan residence permit aku..die nak baca, kalau ade syarat2 khas..maka esoknya dia tepon balai polis untuk beritahu pasal trip aku, kerana tertera di dalam syarat2 aku kena sign borang..
tapi polis kate...
"Er..kalau ikutkan cik Maya tak boleh tinggalkan erzurum sebab permit itu hanya untuk lingkungan kawasan Erzurum jer.."
aku nye mata nak terjojol keluar...aku kena dok dalam Erzurum je..?? huhu..(muka mcm takde perasaan, tapi hati dah nak remuk)
Polis meneruskan penjelasan,
"saya boleh tulis surat kalau cik Maya nak pergi juga, tapi surat ini hanya valid untuk Polis sahaja, jadi jika cik Maya ditahan pihak askar (Jandarma) jadi susah.."
aku telan air liur pulak. alemak seram...
askar di sini kerjanya mencari pengganas-pengganas.menjaga keamanan Turki, dengar kata puak K**di** di sini ingin kan kemerdekaan..dikhuatiri mereka mengganas..

aku cam dah takde perasaan nak pegi..takut weh..
pastu kami bincang...En. H kate,
"boleh je pergi sebab permit tu kata ia valid di seluruh Turki dan takde pun tertera dalam permit tu kata2 seperti TIDAK BOLEH KELUAR DARI ERZURUM. Jadi tak masalah.. Abes2 pun kena dok lokap sehari dua, sebelum polis boleh explain my situation..dia ckp muka selamba macam aku biasa masuk lokap.."
hahaha!! aku pulak sambung..
"ok gak tu..free hotel, food and drinks.."

dalam hal2 begini, i will use my instinct..kalau rasa berat..tak best tu, aku terpaksa lah tolak..tapi ia sebaliknye..rase OK, so aku pun berkata
"kalau begitu, saya pergi lah..saya dah tahu semua risiko yang ada dan semua yang akan saya tanggung jika perkara-perkara tersebut berlaku.."
Kemudian Zelis datang dan menambah..selalunya askar hanya akan periksa ID lelaki sahaja..

bile aku balik umah, aku pun belek2 permit aku..rupenye ada syarat2 panjang lebar di halaman paling belakang..aku amek kamus dan terjemah la ape lagi..
terterta di situ,
"JIKA ANDA DIMINTA OLEH PIHAK POLIS/ASKAR UNTUK MENUNJUKKAN DOKUMEN INI, MENJADI KEWAJIPAN ANDA UNTUK MENUNJUKKANYA"
haa..bermakna dokumen ini valid untuk askar juga la...lorh polis tu tatau ke..? pastu aku mula mempersoalkan status TERHAD DI ERZURUM tu..cam tak logik..tak logik..

So I am going to Kayseri...aku pun packing barang satu beg, dan bersedia untuk pergi..

...bersambung...

Friday, 1 May 2009

im-pro-vised : )

wow!! bulan april banyaknya posting!! hehe..
43 minutes to midnite, so this will bw the last entry for April 2009.

last month, a friend of mine suggested me to create a travel blog.. well, I wish I could and I wish a could manage it well..
but i think, one blog would be enough for me..hehe
so, what I did was...i categorized all my entries..one of the categories is Travelogue..well i do travel a lot..in Malaysia as well as abroad..so, my travelogue will be my travel blog..(sort of..)
erm..throughout the inventory process, i read my entries and i was like.."did i wrote this??" hahaha!! ada yang sedih, ada yang gembira, tazkirah, ada yang merapu, ada gurauan dan sebagainya..tak kiralah kategori pun..this blog is my Sacrosanct..my flow of thoughts..it is sacred and definitely inviolable.. : )

Boss, if you read this..ini je yang aku mampu buat..hihi..

Wednesday, 29 April 2009

who dares?

"He who dares to TEACH,
must never cease to LEARN"


Richard Henry Dann


Sunday, 26 April 2009

Kiz dan Er..

ada seorang budak perempuan..
namanya Kiz
dia suka sorang budak lelaki..
namanya Er..
senyumnya manis sekali..
pekertinya juga baik sekali..
tempoh hari Er menjemput Kiz datang ke rumah..
Er masak masakan istimewa dan kesukaan Kiz...
Kiz sangat terharu..dan makan banyak-banyak..
hari itu hujan..
jadi Er payungkan Kiz ke perhentian bas..
Er dan Kiz bergelak ketawa sambil menunggu bas tiba..
kasut basah..
bila Kiz naik bas, Er sempat kata.. 'semoga awak dipelihara Tuhan selalu..'
Kiz menyahut.. 'kamu juga..'
Kiz tersenyum riang dalam kesejukan dan kekenyangan..

~the end~

Friday, 24 April 2009

budak bertuah!

bile cakap pasal syurga apa korang terbayang??

aku terbayang: ape yang terdetik di hati pasti akan muncul depan mata.."tadddaaaaa...!!!" (siap dengan sound effect)

tu la yang aku rasa sepanjang berada di Turki.
mungkin agak keterlaluan bunyinya..tetapi itulah yang kerap berlaku di sini..

dalam erti kata lain, aku bertuah. tak pernah aku rasa sebertuah ini, dan aku panjatkan jutaan kesyukuran (dan lebih dari itu) pada Allah..kerana selalunya perjalanan hidupku ini terasa sukar dan mencabar..terutamanya di tanah air..

even En. Haliloglu juga mengakui betapa bertuahnya aku..kerana dalam kebanyakan insiden dia ada bersama..
dan sama-sama kami mengucapkan syukur..

bayangkan berada di tempat asing, sorang-sorang, bahasanya asing, tapi masih dapat berkawan, dapat keluarga angkat, sipi-sipi nak jadi menantu jutawan..haha..dalam erti kata lain, aku yang ternganga-nganga sebab tak paham ni pun ramai yang sayang..hehehe..banyak betul perkara yang dipermudahkan.. Alhamdulillah..

kalau nak disenaraikan di sini..boleh..tapi mungkin ada yang akan berkata.."eleh..takde la bertuah mana pun, biasa je.."
jadi aku bagi contoh la..
Aku pegi jalan-jalan Kayseri..aku terdetik "best gak kalo aku dapat beli tudung dan skirt labuh sebelum aku pulang ke Erzurum.." tambah skit.."kalau dapat, alhamdulillah..tak dapat mungkin boleh cari di tempat lain.."
tak lama lepas tu, aku dapat dua tudung dan satu skirt yang dihadiahkan oleh keluarga-keluarga angkat..alhamdulillah..

tak ke bertuah namanya tu??
terfikir jugak, kalau begini eloklah aku mintak yang best2..(tamak pulak bunyinye..) tapi dalam masa yang same takut gak terlintas benda2 tak baik..dan jadi kenyataan..

erm..ntahla..

aku doa, Umat Islam yang sedang ditindas di mana sahaja, diberi kekuatan, kemudahan, kesabaran dan kemenangan. amin!

and the list goes on and on.... :P

Wednesday, 22 April 2009

mixed feelings..

sejak pulang dari Kayseri (baru 24 jam..hehe) aku ada masalah emosi..
hari Ahad aku nanges..
hari Isnin aku ketawa..
hari Selasa aku marah..

Hari Ahad..
aku masih di Kayseri..enjoying myself berjalan2 di bandar besar..
dan malam tu aku nanges..semua orang panik kejap..
nanti la aku buat posting khas pasal tu...

Hari Isnin..
perjalanan pulang ke Erzurum..naik keretapi 16 jam..dah lame berzaman tak naik keretapi nih..so menarikla, permandangannya yang terungkap dek kata2..sangat cantik!!
sampai di rumah dalam kol 1p.m., solat dan terus ke Fakulti..kerja!!!
Di sana, SSR dah mula..aku sampai, DNA extraction were in progress..
ada dua warga baru.. Emre dan Esra..
Emre ialah graduate student Encik Haliloglu yang belajar di Hatay, dan Esra adalah undergrad student yang baru join the lab..so meriah la makmal dengan gelak ketawa, macam2 lawak ada semalam..
aku join la mane2 yang aku paham..maklum la mereka cakap dengan bahasa ibunda..

Hari Selasa..
Aku pegi Fakulti lambat skit, sebab bangun lambat dan aku nak selesaikan kain baju yg nak dicuci, cuba set up internet connection kat umah..dan macam2 lagi la..dalam kol 11 aku sampai fakulti, kena bebel dengan En. Murat..risau katenye..
maka kerja diteruskan..aku buat keje aku, dan yang lain sibuk dengan SSR, aku nak join tapi aku tak paham kan..so aku buat keje aku..ada sedikit upset la sbb nk jugak tahu..tapi aku fikir aku kena fokus..jangan tamak..
pastu kami pegi makan..bos belanja..makan Adana Kebab..
balik lab, sambung kerja..ambik gambar pokok..pastu bersedia untuk solat..
aku naik atas, amek wudhu', kemudian turun ke bawah untuk ke surau, selisih dengan en. Murat..dia buat muka.."ha..nak ke mana ni, apsal takde kat makmal??" mcm aku buat salah besar..aku malas nak jwab, aku teruskan langkah aku ke bawah..jadi baru die paham aku nak solat..aku pissed off gile, sebab rase macam tak dipercayai, macam la aku salu ngulor ke hape ke..die pun kejar aku dan cakap, tolong doa untuk die..aku cakap, doa sendiri la..die kejar lagi..aku kate blah la..aku pun solat..ada saki baki marah lagi..tapi aku tetap include dia dalam doa aku..
bile aku kembali ke makmal, aku pun cakap face to face kat die, jangan tinggi suara dengan saya, kalau nak tanye, tanye elok2..pastu aku cakap, kalau tak percaya pada saya, toksah kawan dengan saya...hohoh..aku cakap omputih la, ada yg tolong translate, tapi tatau la..btul ke idak terjemahan die tu..jenuh die mintak mahap..nasib la..cik maya ijau da naik angin..
sebenarnye aku terkilan dengan diorang ni, tak berapa nak solat..sedih sangat bila terkenang hal ni..lagi 5 minit kol 5, aku tengok semua rang kalut nak balik..dan baru aku dapat tahu yang Emre dah nak balik Hatay..ohoho..sangat sedih..such a nice guy, ingat boleh kerja sama2 seminggu ke..sebab bidang kami sama..sedih sebab aku baru tahu dia nak balik..jadi tak sempat nak mingle btul2..nak bertanya macam-macam...huhu...
tapi satu soalan penting yang aku berjaya tanye.. dan dia jawab..dia bujang..hahahah!!!

jadi sebab itulah aku ada masalah emosi hari ini..sekian terima kasih.
agenda seterusnya ialah mencuci stokin, tudung dan labcoat.

Tuesday, 14 April 2009

have you decide?

so, what do i have to decide?

erm..tadi balik dari fakulti jalan-jalan bersama kawan saya iaitu Encik H.
perjalanan untuk sampai ke rumah selalunya akan mengambil masa setengah jam..dan seiring dengan cuaca yang makin baik, makin meningkat..memang seronot berjalan kaki..hati senang badan pun sehat..

dalam sembang punye sembang..tetiba kawan saya ni tanye.."jadi dah decide ke nak sambung belajar (M.Sc. or Ph.D) kat cni..??" well die ada offer aku tempat kat cni kalau aku nak sambung..wah..cam best je kan..aku ada bakat terpendam dalam bidang cytogenetics rupenye..not bad at all..aku pun terkedu nak jawab..susah tu..so aku jawab tak buat ape2 keputusan lagi..aku cakap nak tanak, kena sambung jugak, umor pun dah banyak, dan target aku nak dapat PhD before umur 40..

pastu die sampuk, "atau mungkin u nak kawen dulu..elok gak tu..kalau dah ade M.Sc., Ph.D makin susah.." erm..rupenye keadaan di sini sama jugak seperti di Malaysia. Bila si gadis makin tinggi kelayakan akademiknya makin sukar untuk didekati..

aku pun senyum..betul juga kata dia..sambil meneruskan langkah atas dataran realiti..

dia tambah lagi.. "dan misalan, u selesaikan M.Sc umor mungkin dah 30++, yang akan datang approach hanya tinggal yang duda atau yang sudah beranak satu..susah nak dapat yang 'fresh' " pastu die gelak...! hohoho...boleh tahan gak pokcik ni..betul juga..

oh..banyak juga perkara yang perlu dimuktamadkan..erm..pikir..pikir..

aku pun tambah, "tahun 2009, jangkaan di Malaysia, the ladies akan kawen dengan lelaki lebih muda.."
dia gelak.."the fresher the better.." katenye..sabo jela..

"kalau 5 tahun lebih muda pun ape salahnye kan..??" aku mencebik. erm..kadang2 pokcik ni betul2 boleh baca pikiran..obvious sangat ke? adoii!

titik!

Monday, 13 April 2009

Laskar Pelangi

Salam..
Pertamanya aku nak ucap tahniah kepada penulis novel dan pembikin filem Laskar Pelangi ini..garapan menarik..dinamik..memberi inspirasi pada pandangan aku yang bukan expert menonton filem..hehehe...

untuk mendapat sinopsis cerita boleh lawat link ini..

cuma bila aku tengok filem ni, teringat zaman kecilku..
kami adik beradik dihantar ke sekolah 'bukan biasa'.
aku dihantar ke sekolah 'dhaif' pada pandangan mata..tetapi 'kaya' pada pandangan hati..
jadi bila aku tengok filem ni, aku rasa cam teringat kat guru-guru yang mengajar kami..tanpa jemu.diulangi tanpa jemu. Ya. jika dibandingkan dengan kelayakan yang mereka ada, mereka selayaknya adalah jurutera, akauntan dan sebagainya..kalau kepuasan material yang mereka cari sudah pasti sekolahku tidak berguru..sebaliknya mereka habiskan hidup mereka membentuk kami..tak terbalas jasamu wahai Muallim dan Muallimah..
"sekolah yang tidak mengukur segalanya dengan material, tetapi dengan hati.."
Kadang-kadang kita terlupa..bahawa material bukan penentu segalanya..filem ini menyingkap bahawa, yang membezakan 'kita' dari orang lain ialah apaabila kita kembali untuk memberi, bukan terus ditelan dengan kemewahan dunia..itu yang membezakan 'kita'..dan yang pasti.. mendidik itu bukan mudah..
"hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya..bukan hidup untuk menerima sebanyak-banyaknya"
saya setuju 200%. hiduplah untuk memberi...dalam maksudnya..pesanan yang diulang-ulang di dalam filem ini..

antara sedutan filem yang menarik (pada aku la...) ialah

1) ada seorang budak ni, Borek nama dia.. berbadan sasa berbanding yang lain. di dalam kelas, guru bercerita tentang kisah bahtera Nabi Nuh a.s. bagaimana golongan yang ingkar ditenggelami banjir besar. So, salah seorang pelajar (Ikal, watak utama) tu cakap kat Borek..
"kalau kau tak sembahyang, kau harus berenang..tak guna otot-otot kau yang besar tu kalau kau tak pandai berenang.."
2) Mahar dan kawan2 pergi ke Pulau untuk berjumpa Tok Bomoh, nak mintak tolong dapat markah tinggi dalam peperiksaan..syarat Tok Bomoh, esok pagi kena baca mentera ramai-ramai, sesiapa yang tak penuhi syarat akan bertukar jadi Kodok..hehehe..manteranya ialah..
"kalau nak pintar..belajar, kalau nak berhasil..usaha.."
tepat sekali!!!!! ekspressi budak2 dalam filem tu buat aku tergelak besar..message conveyed..

3) pesanan terakhir filem ni...
"kejar pelangimu sampai ke hujung, jangan pernah menyerah..."
aku belum nampak lagi pelangi kat Erzurum ni, so selum dapat kejar lagi..sebab hujan tak selalu..hehehe... and surely i'll send postcards to Malaysia, for myself, friends and my loved ones..sort of a memoir la..
tengok la citer ni, and you'll figure out why..it is soooo inspirational..!!

5 stars!!!