Sunday, 3 May 2009

Journey to Kayseri #1

Erm..ku gagahkan jua untuk menulis...sebab makin lame makin lupe..excitement makin hilang..

123 mula!!

10 April 2009
Hatice beritahu aku dia mengajak aku ke rumahnye di Kayseri. Aku terkedu japs..errr..Kayseri tu kat mane yer...?? di sini rupanya..hehe..

tapi aku cakap OK. Aku minta tolong die beritahu En. Haliloglu (En. H), yang merangkap my guardian and advisor..dia amatlah supporting..ON katenye.. pastikan kerja semua dah selesai..dan kebetulan kerja semasa aku memang dah aku selesaikan..
En. H pesan, esok bawak semua dokumen yang berkaitan dengan residence permit aku..die nak baca, kalau ade syarat2 khas..maka esoknya dia tepon balai polis untuk beritahu pasal trip aku, kerana tertera di dalam syarat2 aku kena sign borang..
tapi polis kate...
"Er..kalau ikutkan cik Maya tak boleh tinggalkan erzurum sebab permit itu hanya untuk lingkungan kawasan Erzurum jer.."
aku nye mata nak terjojol keluar...aku kena dok dalam Erzurum je..?? huhu..(muka mcm takde perasaan, tapi hati dah nak remuk)
Polis meneruskan penjelasan,
"saya boleh tulis surat kalau cik Maya nak pergi juga, tapi surat ini hanya valid untuk Polis sahaja, jadi jika cik Maya ditahan pihak askar (Jandarma) jadi susah.."
aku telan air liur pulak. alemak seram...
askar di sini kerjanya mencari pengganas-pengganas.menjaga keamanan Turki, dengar kata puak K**di** di sini ingin kan kemerdekaan..dikhuatiri mereka mengganas..

aku cam dah takde perasaan nak pegi..takut weh..
pastu kami bincang...En. H kate,
"boleh je pergi sebab permit tu kata ia valid di seluruh Turki dan takde pun tertera dalam permit tu kata2 seperti TIDAK BOLEH KELUAR DARI ERZURUM. Jadi tak masalah.. Abes2 pun kena dok lokap sehari dua, sebelum polis boleh explain my situation..dia ckp muka selamba macam aku biasa masuk lokap.."
hahaha!! aku pulak sambung..
"ok gak tu..free hotel, food and drinks.."

dalam hal2 begini, i will use my instinct..kalau rasa berat..tak best tu, aku terpaksa lah tolak..tapi ia sebaliknye..rase OK, so aku pun berkata
"kalau begitu, saya pergi lah..saya dah tahu semua risiko yang ada dan semua yang akan saya tanggung jika perkara-perkara tersebut berlaku.."
Kemudian Zelis datang dan menambah..selalunya askar hanya akan periksa ID lelaki sahaja..

bile aku balik umah, aku pun belek2 permit aku..rupenye ada syarat2 panjang lebar di halaman paling belakang..aku amek kamus dan terjemah la ape lagi..
terterta di situ,
"JIKA ANDA DIMINTA OLEH PIHAK POLIS/ASKAR UNTUK MENUNJUKKAN DOKUMEN INI, MENJADI KEWAJIPAN ANDA UNTUK MENUNJUKKANYA"
haa..bermakna dokumen ini valid untuk askar juga la...lorh polis tu tatau ke..? pastu aku mula mempersoalkan status TERHAD DI ERZURUM tu..cam tak logik..tak logik..

So I am going to Kayseri...aku pun packing barang satu beg, dan bersedia untuk pergi..

...bersambung...

No comments: