MALU pada diri sendiri..teguklah Coke yang
dingin itu..sedapkan?? memang la sedap, sebab tu darah saudara-saudara kita di Palestin..
keadaan di Gaza masih tidak menunjukkan tanda akan reda
rejim zionis gila semakin gila
menjanjikan Holocaust terhadap rakyat palestin
lebih 900 rakyat palestin telah terkorban semasa saya menulis posting ini
saya benci Israel..
saya akan cuba sebaik mungkin untuk memulau produk2 Israel dan Amerika..
Ramadhan yang lepas, saya telah bergaduh dengan seorang kawan (bulan puasa nih..ishh..dah cuba untuk tidak bergaduh, tapi sabar ada batasnya..)
beliau bersunguh-sunguh untuk mempromosikan produk kesihatan buatan Amerika kepada saya..saya agak tertarik dengan produk yang dipromosi, saya tetap menolak untuk membeli produk tersebut kerana ia adalah buatan Amerika.
Pendirian saya ketika itu adalah untuk memulau produk-produk yang secara langsung dihasilkan di Amerika, saya agak berdiplomasi dengan produk2 Amerika yang dibuat di Malaysia, dengan menggunakan konsep lebih "kurang" mudharatnya (less severity)..kerana jika ia dibuat di Malaysia, ia adalah sumber rezeki kepada penduduk negara ini dan secara langsung menyumbang kepada pembangunan negara.
Kawan saya ini, tidak boleh menerima pendirian saya, lalu melabelkan saya sebagai HIPOKRIT. terima kasih kawan, kerana telah melabelkan saya begitu..labelkan saya apa saja, saya tetap dengan pendirian saya..
"saya tidak mahu menghantar peluru kepada saudara-saudara saya di
Palestin.."
makin menjadi-jadi marahnya pada saya..dia kata saya hina dia..bagaimana pula saya menghina dia, sedangkan saya cuma menjelaskan mengapa saya tidak mahu..
persahabatan kami terjejas kerana insiden ini..tapi saya redha kerana saya lebih sayangkan saudara-saudara saya di Palestin..
pendirian saya sedikit berubah sekarang. saya akan cuba sebaik mungkin..
tidak lagi menggunakan konsep "less severity", saya akan guna konsep "pasti ADA ALTERNATIF". jika dah kemaruk nak minum Coke, nak makan KFC klik sini. siapa kata tiada alternatif???
JADI MARI KITA BOIKOT!!
kepada 'kawan' saya..
harap2 awak dah paham maksud peluru tu..sebab peluru kiriman awak dah sampai di Gaza..
No comments:
Post a Comment