Maksud Hadith:
Rasulullah saw telah bersabda: Akan sentiasa wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.
Sahabat bertanya: Di manakah mereka itu?
Baginda menjawab: Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya.. (Hadith Riwayat Ahmad)
semasa saya mendengar hadith ini, saya menangis bersungguh-sungguh..
air mata menderu..
semasa saya menaipnya di sini, bulu roma saya meremang..bukan kerana takut tapi...
hadith ini berusia lebih 1400 tahun..
dan kini kita lihat semuanya di hadapan mata kita..
bukankah itu kebenaran??
Janji Allah dan Rasulullah saw...dan mereka berada di kawasan Baitul Maqdis dan sekitarnya..