Tuesday, 6 January 2009

bila kromosom Y menjadi ukuran.

Mungkin aku ni terlalu banyak pikir benda yang aku tak perlu pikir..
tapi nak pikir gaks..

masyarakat kini sentiasa di'ajar' tentang kesaksamaan di antara lelaki dan perempuan. dalam erti kata, peluang dan apa saja akan diberikan secara adil, tanpa mengira gender..

tapi situasi sebaliknya tetap berlaku..berikut adalah petikannya..

Encik ABC: haa...ada pun awak..puas dah saya cari PEGAWAI LELAKI..tapi
sorang pun takde..
Cik XYZ: Kenapa Encik ABC? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
Encik ABC: Takde...ni haa..saya nak minta cop dan tandatangan 'certified
true copy'
Cik XYZ: Hah?? (Dalam hati) sambil tersenyum dan terus
menyampaikan hajat Encik ABC.

Persoalannya..kenapa isu gender timbul dalam benda kecik camnih? Cop dan signature perempuan kurang kualiti atau kurang impak ke???
(kepada lelaki2 yang membaca posting ini, persoalan di atas hanya ditujukan untuk Encik ABC. harap maklum)

amatlah terserlah selama ini aku ni memang last choice die..last resort..tak paham2 lagi..? bile dah takde orang lain, baru carik AKU ( AKU yang dinafikan hak konsessi kromosom Y sbb kuota kromosom aku dah didominasi oleh dua kromosom X...) dah lame perasan tapi aku nafikan..sebab sebelum ni aku dok pikir ape la kekurangan aku..aku nak perbetulkan la..

dah..toksah pikir lagi..TITIK!

dia yang bermasalah. bukan aku...

No comments: