Monday 12 January 2009

lihat tangan itu..

Kelmarin Rendra tunjuk pada kami gambar-gambar dia..
kelakar btul dia nih..tunjuk gambar muka dia jek..tapi takpe la..layan..
gambar dia ada yang dok tunjuk No. 1.
so Rendra bercerita..mase dia nak pi print gambar2 tu, orang di kedai tu tanya.. "Orang lain amek gambar tunjuk 'PEACE--dua jari", apsal awak punya gambar semua tunjuk satu?"
Rendra jawab.."Tuhan tu Satu kak.."

Lihat gambar ini (banyak lagi di sini), anda fikir apa yang sedang saudara (yang mati syahid) ini hadapi ketika ajalnya sampai..?? tangannya menunjukkan "satu"..saya bersangka baik bahawa beliau sedang mengucapkan "Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah"
Mati syahid--sebaik-baik cara untuk kita kembali kepada Tuhan..semoga beliau di kalangan syuhada' yang gembira bertemu denganNya..

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang" "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - "Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " (89:27-30)

No comments: