Tadi aku baru sahaja berbicara dengan seseorang Suaranya kedengaran tidak tenang Kedengaran seperti letih berjalan..Katanya jiwanya kacau...Minggu lalu, kami berbicara secara online Tiba-tiba timbul persoalan..'Orang baik' Orang baik tu bagaimana ye..? Dia kata aku baik (terima kasih) Aku menambah, aku muslim yang baik tetapi dia tidak setuju.katanya, untuk jadi baik tak semestinya jadi seorang muslim..Ya, memang benar. Terdapat banyak orang yang baik tidak kira agama..tetapi aku seorang muslim..dan bangga menjadi seorang muslim Aku cuba jadi baik kerana aku menghormati agama yang aku anuti Dia jawab...Saya bukan suka awak sebab agama awak tapi sebab kebaikan awak..Baik atau tidak, saya tetap kawan awak..Aku kata aku sedih sebab dia tak suka kat aku sebab kita berkongsi agama yang sama Perbincangan itu terhenti di situ kerana Sukar untuk menjawab panjang bila bahasa menjadi penghalang. Sambung bicara..Katanya jiwanya kacau Aku tanya mengapa? Dia jawab tidak tahu. Tiba-tiba dia kata..Saya dan kawan saya nak beli banyak-banyak bira Aku ada masalah 'pekak badak' ingat dia nak beli kereta wira Apa kejadah pulak mamat turki nak beli kereta Malaysia Nak beli banyak pulak tu..Dia ulang Saya dan kawan saya nak beli arak banyak-banyak...Kami nak minum banyak-banyak malam ini Saya bukan muslim yang baik Sambil ketawa berdekah-dekah Aku tanya Awak ni buat lawak ke serius..?? Dia kata serius la..Hati aku hancur Jiwa aku tercalar Kerana dia membuktikan betapa dia meletakkan Islam hanya pada nama sahaja.. Jadi begitulah suara orang mabuk..Pengalaman pertama aku bersama orang mabuk dan ia berlaku di sini Aku rasa seperti mahu putus sahabat dengan dia Adakah itu satu tindakan radikal?Aku tak tahu nak buat apa..tetapi aku tak pandai berpura-pura..aku BINGUNG!
No comments:
Post a Comment