Boleh klik sini untuk baca Journey to Kayseri #2 dan #1
Jadi mari sambung..
15 April 2009
Kisahnya pagi esoknya kami bersarapan pagi dengan sejenis sayuran..Makcik Seval tumis dengan bawang..sedap juga..makan dengan roti..nama sayur tu Chirish..ia akan menjengah apabila musim bunga menjengah..
tapi dalam kata tak shopping nih, macam2 kau beli..poskad,tali pinggang
Balik umah dah maghrib..kena marah dengan Makcik Seval..terasa seperti di rumah..kena marah dengan ummi bile balik lambat..hehehe
16 April 2009..
Ia adalah hari melawat saudara mara..
Makcik Seval bawa kami ke Kayseri Park..ala ala The Mall..so jalan2 cuci mata..
Kemudian kami ke rumah pakcik sulong Hatice..an old couple..kayo..tapi takde anak..huhu..Pakcik tu die keje kat German, pakai Lexus Harrrier baru..kesimpulannya kaya lah..as i said before Kayseri ni bandar orang kaya..hehe..
Kemudian kami singgah pula ke rumah pakcik bongsu Hatice..untuk makan malam..kata Hatice..
"pakcik saya yang ini tak kaya harta tapi kaya hati.."Memang benar, lebih seronok berada di sana kerana keramahan ahli keluarganya..Pakcik Mustafa, Makcik Nejla, Opah Aisyah dan anaknya yang boleh tahan segaknya..Cikgu Jan..kami sebaya hehe..setelah berseronok..berkongsi cerita Malaysia dan Turki..kami pun pulang dengan perut yang kenyang dan hati yang seronok..
No comments:
Post a Comment