Thursday, 28 May 2009

Journey to Kayseri #4

Boleh klik sini untuk baca Journey to Kayseri #3, #2 dan #1

17 April 2009..
Ia adalah hari berjalan2 ke Kapadokya aka Cappadocia..suatu tempat yang unik.
Kami bertiga bersama Makcik Seval, Bro Halil dan Nenek Halisan..jadi semuanya 6 orang..
Perjalanan mengambil masa 2 jam dari Kayseri. Kapadokya adalah suatu kawasan yang terletak di bawah jajahan Nevsehir..
aku dilarang tidur dan membaca buku sepanjang perjalanan..kena marah dengan Makcik Seval lagi..hihi..(padan muka)
Satu keunikan Turki ialah setiap tempat mempunyai kepelbagaian Geografi yang tersendiri..jika berbanding dengan Malaysia kita akan lihat semua hijaaaauuu kan..kat sini lain..ada yang macam padang pasir, kejap lagi hijau kemain..pastu kawasan berbatu-batu pulak..patut la makcik tu tak kasik aku tido..dia soh tengok..!!
Jadi kami singgah di tempat seperti berikut..

Di sini terkenal dengan produk tanah liatnya..
aku pun amek gambar je..sebab kalo beli leceh nak balik Malaysia.pecah la ape la...



Kemudian kami ke tempat yang dinanti..ketahuilah secantik@pelik ia di dalam gambar, tak akan sama dengan apa yang dilihat dengan mata kasar..nothing could describe them except Subhanallah and MashaAllah.. Ia adalah tinggalan sejarah alam semulajadi berjuta tahun lamanya dan tinggalan sejarah manusia yang menetap didalamnya..
Ia berasal dari limpahan lava berjuta tahun dahulu..Bentuk2 unik yang tertera di dalam gambar adalah hasil geseran angin dan permukaan batuan tersebut.
Batuan-batuan ini tidaklah keras, jadi manusia mula menebuknya membentuk bilik dan rumah dan bandar..hahaha..!!!
Kawasan ini adalah kawasan suci bagi penganut agama Kristian..terdapat banyak gereja-gereja tinggalan sejarah suatu masa dahulu yang masih kekal sehingga kini..

18 April 2009..

Erciyes family

Hari ini adalah hari ke rumah orang Kaya lagi..
mungkin saya tidak sebut sebelum ini tapi Nenek Halisan ini amatlah kaya orangnya..boleh dikatakan jutawan.aku belum pernah jumpa dengan jutawan. tetapi jutawan ini jika lihat tuan badannya pasti tidak percaya..sungguh 'biasa' orangnya..
Semasa kami di Kapadokya..nenek sorang ni berkenan betul kat aku..nak buat menantu katanya..aduh..!! beriya-riya..punya seronok sampai salah naik kereta..(nenek tu..bukan aku..) penat aku menahan panahan usikan semua orang..aku malu la..tapi kalo malu pun nak ke mana..ikut juga kan..hehe..jadi nenek Halisan kata, esok pagi mesti sarapan pagi di rumahnya..jadi pagi2 kami pun ke rumahnya..rumahnya jauh di tengah bandar..jalan kaki rase nak patah kaki..tapi ku gagahkan kan juga..nak cuba bakal mak mertua katanya..hahaha..
(nota: nenek ini hanya bergurau..dia tidak punya anak lelaki rupanya..)
semasa di rumahnya yang besar...hehehe..semua orang sibuk memasak..banyak betul nenek ini, anak perempuannya dan pembantu-pembantunya masak...aku pun tolong masak sikit2..dan 'tolong tengok' banyak2..hihi bukan tanak tolong tapi masakan mereka berbeza jadi aku tak tahu nak tolong camane kecuali tolong tengok..nenek Halisan bagi peluang kat aku tolong sedikit sebanyak..sort of mengajar pun ya juga..bila aku terkial2 mencuba dia betulkan especially bila aku guna tangan kiri dia tak bagi..macam ummi plak..(tetiba rindu kat ummi). Setelah selesai sarapan kami 'disuruh' berjalan2..pegi la mane2 nak pegi tapi kena datang balik untuk makan malam pulak..hahaha..apekah?? sampai dua kali datang..
malam itu kami datang lagi untuk MAKAN..haha..usikan masih lagi tidak berhenti..nak sangat aku jadi pengantin..ekeke..aku senyum aje..
setelah selesai makan..kami mula bersembang..mereka cakap dalam bahasa turki jadi aku tidak paham sangat tapi aku pasti aku pasti topiknya ialah hal-hal agama..lupe nak cakap..nenek Halisan ni alim orangnya..jadi die ala2 memberi nasihat kepada kami..gitu gini..gayanya persis ummi..erm..nenek ini benar2 buat aku betul2 rindu pada ibuku di Malaysia..tiba-tiba nenek Halisan suruh aku baca Al-Fatihah..(aik nak test ke..??) aku pun baca..pastu aku pegi bilik air aku NANGES..ya..aku nanges dalam bilik air macam budak kecik..tersedu2..mengapa?? kerana kali ini nenek ini benar2 buat aku rindu pada ibuku..huhu..
setelah puas, aku keluar..mereka usik lagi.."lamanya dalam bilik air..macam pengantin.." erm..ntah mengapa, masih ada lagi air mata..aku menangis lagi..kali ini aku betul2 buat situasi gawat..semua orang panik..Makcik Seval peluk aku..lagi kuat aku nanges..akhir sekali aku ketawa..kerana aku lihat semua orang panik.."takde pengantin...main2 je..gurau2 je" itulah yang mereka ulang2 kerana mereka sangka aku nanges kerana usikan 'pengantin' tu..jadi terpaksalah aku jelaskan kenapa aku nanges..pastu nenek Halisan pulak nanges..huhu..sungguh Emo malam ini..oleh kerana terlalu emo, kami pun segera pulang..aku dihadiahkan sehelai tudung..(seronot!) dan aku peluk nenek Halisan sungguh2..Ya Allah rahmatilah dia..jadikan aku sepertinya..pemurah..dan penyayang..
Di rumah, aku diberitahu..sebenarnya nenek Halisan punya anak lelaki..(terkejut) tetapi dia 'anak istimewa'..dia punya anak yang ramai tetapi hanya satu yang normal selainnya adalah anak istimewa..Ya Allah, kau menguji hamba-hambaMu..tetapi ujianMu terhadap wanita ini benar2 memberi kesan padaku..Kau berikan kemewahan melimpah ruah..tetapi kau uji dia dengan cahaya mata..Ya Allah kau kurniakanlah kesihatan, kesabaran dan kemudahan kepadanya. Kau jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmatMu..kepadaMu sebaik2 tempat kembali..
Erm..Jadi itulah suara anak-anaknya...aku dengar tetapi aku tak berani bertanya..rasa sedikit terharu dengan layanan makcik ni pada aku..bakal menantu..hehe..proud to be one.. : )

19 April 2009...

Ozan dan Tugba datang. Ozan dan Tugba berasal dari Kayseri dan juga belajar di Universiti Ataturk. Jadi hari ini kami naik gunung..Gunung Erciyes..cantik..tapi tak boleh lawan Palandoken..hehe..salji tak berapa bagus untuk ski..jadi ramai yang datang hanya melawat dan naik benda yang macam motor tu..weeeeeeeeeeeee cam nak terbang..happening gilerr...meluncur di atas salji..pastu kami jalan2 sekitar Kayseri..jumpa gunung bercabang dua..berhenti di tepi rumah Ataturk..dan singgah di rumah Ozan..greeted by his lovely mum.. : )
Malam itu jam 9 kami berangkat pulang ke Erzurum..dengan keretapi..sedih juga nak tinggalkan Kayseri..nak tinggalkan makcik Seval yang lucu dan Bro Halik yang kuat membebel.. perjalanan ke Erzurum mengambil masa 16 jam!! Bersedia untuk kematukan punggung..hehehe..bangun-tido-bangun-tido..tak sampai2..akhir sekali aku tanak tido dah..aku amek gambar sepanjang perjalanan..superbbb!!! Worth the loooong journey..

Maka selesai hikayat Kayseri yang tidak seberapa..kerana aku tak pandai bercerita...

No comments: