Pages

Monday, 11 May 2009

rase pandai tapi...

Pada suatu hari Maya mendapat bil telefon pasca-bayar.
Beliau dapati beliau telah melangsaikan bilnya yang melambung dek kerana "roaming" dari Turki selama sebulan. Beliau periksa bil kemudian membuat congakan yang tak berapa betul sebab tak hebat matematik cam sahabatnya Kausar..haha..

Didapati jika dia menerima panggilan (incoming calls) dari talian tersebut selama...
1 minit RM 2.50
2 minit RM 5.00
3 minit RM 7.50
24 minit RM 60.00

Kemudian beliau periksa pula jika beliau pula membuat panggilan (outgoing calls) selama...
30 saat RM 11.77
4 minit RM 58.00

huishh..mengalir air matanya sederas air sungai Gaban.. T_T

kemudia beliau periksa lagi dan berasa tidak best kerana bulan ini beliau masih perlu membayar RM50 sebulan walaupun telah berhenti menggunakan talian tersebut..kerana RM50 adalah komitmen bulanan beliau kepada talian tersebut..Jadi beliau mengambil keputusan untuk menggantung perkhidmatan talian tersebut untuk beberapa bulan akan datang dengan niat untuk membuat penjimatan..
Maka beliau pun menelefon talian khidmat pelanggan dan mendengar operator bercakap dan sesat seketika di dalam talian tersebut kerana tidak berjaya mencari " Jika anda ingin berhubung dengan operator khidmat pelanggan kami.." huhuh..
akhirnya beliau berjaya mencari operator khidmat pelanggan dan dengan rasminya berjaya menggantung perkhidmatan taliannya untuk beberapa bulan..
Dililhat pada telefon bimbit beliau.... 10 minit 15 saat.

Otak beliau mula mencongak...
jika 4 minit = RM 58
10 minit = RM 145++++++ @$%^%!!

Arrghhhh...niat ingin berjimat nampak gayanya berlaku sebaliknya...
dalam perkataan lain Mak Andeh nye la aku nihhhhhhh!!!!

3 comments:

KaY FaiZaL said...

huhu saba la Mak Andeh!

Anonymous said...

wah.i saw my name!mis u bebeh

kausar

Anonymous said...

klako la maya..tergolek2 sy gelak...