Soklan yang sentiasa datang menjengah.. Al-maklum..umur dan makin banyak tapi masih belum berteman..
"Awak memilih ke?"
Jawapannya YA, memang saya pilih, dan saya pasti semua orang juga pilih, bukan 'at random' kan? Tapi saya bukan memilih.
Saya pernah bersembang dengan seseorang..saya menyampaikan pendapat..
"Kahwin ni bukan setakat 'semoga berbahagia ke anak cucu'..tetapi untuk bahagia dunia AKHIRAT.. Jadi jika saya kahwin, saya dan pasangan akan sama-sama bina jalan ke syurga..."
Tapi tahun ni istimewa sikit sebab dapat public holiday Deepavali..hihi..
Ya, tahun ini aku 28 tahun... oh sudah banyak nombornya..!!
Comel gambar sebelah ni, 28 penuh dengan ayam..
Banyak juga dapat ucapan harijadi, doa, hadiah dan sebagainya..alhamdulillah..cuma unik kali ini, hadiah aku terima semua bersegi..
Sila lihat..
Adik aku -Esmoni- pulang ke rumah, dan memberi saya sebungkus objek yang dibungkus dengan katalog Giant..katanye untuk harijadi. terpaksa beri awal kerana perlu bekerja, tidak dapat pulang ke rumah. saya pun terima..tiba-tiba beliau berkata..."Bukak la...." aku jawab.."haih..mane bole bukak, belum valid birth-day.." maka beliau merayu-rayu suruh bukak jugak..saya cakap, "lorh...kalo camtu baik takyah balut tadi..hahahaha" jadi untuk tidak mengecewakan peminat, aku pun memberi kerjasama sepenuhnya kepada semangat dan ke-ter-uja-an hari lahir kakak yang comel ini.. maka ku koyakkan kertas katalog Giant iteww..dan inilah hasilnya...taddddaaaaaaa....!!!!
Set toolbox IKEA...hahaha..sungguh bertuah punya budak..~~ekceli aku la budak bertuah tu... memang dah lame berkenan kat kotak oren nih...tiap kali pergi IKEA aku mesti amek satu, bawak pusing keliling satu IKEA kemudian tinggalkan sebelum kaunter bayaran..dengan sebab barang ni bukan 'keperluan'.. Jadi terima kasih kepada Adikku yang baik -Esmoni- kerana menyampaikan niat kakak mu yang teringin sangat kotak oren penuh gaya ini..
Untuk pengetahuan kamu -Esmoni-, skru-drebar telah digunakan untuk membuka skru di kipas dinding tepi meja makan yang penuh gaya..Wallla! Thank you, Love you!
Pada pagi 5 November pula, adik saya Opick pula pulang ke rumah.. maka ketika aku pulang menuntut ilmu dengan Mahaguru Gua Selimut, tersedia sekotak...
DONUT PELBAGAI RASA...terima kasih ye Dik Opick..sebab kakak dah agak sedih dok umah sorang-sorang sambut birthday.. :) maka kami kenduri donut dan roti tisu yg dibeli di restoran semasa pulang dari Gua Selimut hehehe...
Petang itu pula...ada rezeki aku nak jumpa sahabat yang dah lama tak jumpa..dapat jumpa si kecik yg cumil..tersegih2, suara kuat satu Subang Parade bleh dengar..ekekek..just kidding.. :P
Aku dihadiahkan dengan Sandwich Ayam Super Besar dan Sekotak Coklat yang sedap...nyum nyum! Selamat dah semuanya, tinggal kotak..
Erm...Thank you very much everybody.... for the warm wishes, prayers and presents...the thought that counts though... [Happy Mode] :)
Salam this will be short n clear.. I have this HATRED feeling all over me for the last few days..i can't even sleep well due to it.. i tried to rationale myself but it is so hard.. as people always say, "forgive sounds good, forget i dont think i could.."
but tonight, I want to make a vow..to forgive and forget, Hatred has NO GOOD impact.. with that, this is my vow..
I will try my best NOT TO talk behind people's back, even if I have a thousand reasons to do so.. instead i will recite this...
“… And for those who fear Allah (Taqwa or high God-consciousness), He [ever] prepares a way out. And He provides for him from [sources] he never could expect. And if anyone puts his trust in Allah, sufficient is [Allah] for him. For Allah will surely accomplish His purpose: Verily, for all things has Allah appointed a due proportion.”
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yg dikehendakiNya)" (Surah at-Talaq 65:2-3)
I HOPE, with the intention of 'biting my tongue' from saying bad things will increace my level of taqwa, and with that, Allah will prepare a way out for me and provide for me from [sources] I never could expect.
Sepanjang hidup aku, aku lihat pelbagai masalah.. masalah aku, masalah orang lain.. masalah keluarga..dan macam-macam lagi lah. Maha Suci Allah yang telah mengurniakan kita AKAL dan IMAN untuk menyelesaikan masalah...
Pastu aku terfikir, apa agaknya ujian untuk aku.. sebab masa tu masih muda remaja, terlintas di fikiran agaknya bagaimana aku akan bertindak dengan masalah yang menimpa..
Masalah sudah pun datang bertandang.. Sungguh aku tak sangka aku diberi kekuatan untuk terus bertenang dan rasional.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al-Ankabut, ayat 2
Dulu..ada orang nak lamar aku..tapi dia bukan Islam..aku cakap kat dia..
“Cintakan Islam dahulu, baru cintakan saya..”
aku beri masa.. tetapi hidayah Allah masih belum jadi miliknya..jadi aku pun pergi meninggalkannya supaya tidak dibelenggu bersalah membiarkan orang menyimpan harapan..
Cakap pasal hidayah, aku terbaca artikel ni ‘Bintang Ramadan di Tanah Kepulangan’ di saifulislam.com. Tersentuh betul hati aku bila baca artikel ni (bacalah! Baru faham ape yang aku cuba nak sampaikan). Abu Saif telah mengIslamkan 18 orang (based on the date of the article) . Aku tanya diri aku.. Dah berapa orang, Maya? Huhu…Aku ada simpan azam, dalam kehidupan ini aku akan cuba mengIslamkan sekurang-kurangnya seorang manusia.. InsyaAllah..kena teruskan usaha..
Masih bercakap pasal hidayah..
Betapa terbukanya Islamic Centre di perantauan.. boleh dilawati oleh manusia pelbagai bangsa dan agama.. mereka boleh berada bersama orang yang solat, memerhati cara kita solat, asalkan mereka berada dalam keadaan yang bersih..
Betapa kesalnya aku dengar drama di media berkenaan orang bukan Islam tidak boleh masuk rumah agama Muslim.. siapa yang jumud sekarang? Transformasi menjadi lebih jumudkah? Dalam hal ini, aku setuju dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang menyatakan perkara ini bukan isu yang patut diperbesarkan..hanya orang yang ‘tidak tahu’ yang akan mengeluarkan tuduhan melulu sebegini..
Islam itu indah, jadi jangan jelikkan ia dengan kejahilan kita sendiri. Manusia di luar sana ramai yang ingin tahu tentang Islam, mengapa mesti kita tutup jalan itu? Biarlah mereka hanya datang untuk menyampaikan sumbangan untuk bulan Ramadhan. Tengok, even bulan ramadhan itu sendiri boleh jadi satu tarikan kepada Islam. Jadi mengapa kita mesti tutup jalan itu? Berada di dalam masjid mungkin akan memberikan satu perasaan yang tersendiri buat mereka yang mencari kebenaran, Jadi mengapa kita mesti tutup jalan itu? Dakwah itu dengan hikmah kan? Urusan hidayah itu adalah urusan Allah, tetapi kita mesti terus menyampaikan..dan bagaimana mesej ‘keamanan’ ini dapat disebarkan jika kita sentiasa menutup jalan-jalan yang ada??
Jadi apa masalah kita wahai rakyat Malaysia?
Bertanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak tahu..
Aku rasa dah 6 bulan ya ummi pakai personal assistant (PA)..Aku tak ingat bila sebenarnya Kak Ida datang umah aku.. Kak Ida adalah seorang PA yang efisien.. kuat kerja.. rasanya boleh demam Kak Ida kalo diseksa suruh bergolek2 selama 6 jam…hehehhee..
Ummi seorang usahawan yang berjaya.. Ummi OKU yang kuat semangat.. OKU bukan halangan untuk Ummi perjuangkan jihad bisnes beliau. Ummi kuat kerja..sama cam Kak Ida..memang padan diorang berdua ni..
Dulu masa aku dengan Ummi je.. Aku ade juga terasa bestnye kalo ummi ada PA, takde la dia penat sangat bila dia keluar berurusniaga sendirian, kadang2 bila ada kat umah, kaki jadi tegang, urat belikat bersimpul..demam sebab semua kena buat sendiri..susah hati kalau Ummi balik lewat. Aku pulak kerja tak tentu masa, asyik out station…huhuhu.. Alhamdulilah, dengan adanya kak Ida semua orang gembira kerana semua tak perlu susah hati lagi..
Cuma ada satu perkara..
Sekarang aku cemburu..
Cemburu sebab ummi dah jarang panggil nama aku..
Dulu.. “Maya, ambikkan ummi air..”, “Maya, tolong sapu minyak kat belakang ummi..”
Sekarang.. “Ida..itu…Ida ini…” Cemburunya aku sebab kurang peluang aku nak berkhidmat untuk Ummi..
Mungkin aku yang tak efisien..
Tapi patut ke aku cemburu atau aku patut bersyukur dan berlapang dada sebab ummi aku makin ‘senang’ dengan bantuan Kak Ida..??
Tahun lepas, aku tiba dari Istanbul sehari sebelum Ramadhan.. Pengembaraan aku selama 6 bulan.. dengan muka hitam berkilat 'tak boleh blah' sebab tak tahan panahan matahari musim panas di sana.. Aku balik dan keje aku tidurrr...Jetlag aku berminggu2.. bos aku perli gaks..hehee..sebab takkan berminggu2 kot..tapi ape nak buat...ade benda2 yang kita tak boleh kawal kan..
memang puas hati...sebab banyak kenangan manis dan pahit aku bawak pulang..
Yang pasti aku yang sekarang tidak sama seperti yang dahulu..banyak benda aku belajar di sana...betul...jauh perjalanan, luas pengalaman..luas permandangan.. :)
Rasanya macam2 aku nak citer kat cni..tapi belum berkesempatan..bukan ape, aku kalo boleh nak boh gambar best2 dalam posting tu..tapi tak sempat nk korek2 folder gambar tu...
Semasa aku pergi mesyuarat di PD minggu lepas, bos cakap kat aku..
"Haa..Maya.. saya baru perasan awak takde dlm meeting tadi.. tiba-tiba awak muncul.. panjang umur awak.."
Aku plak jawab..
"Boss, saya tanak panjang umor... (bos buat muka konpius)..saya nak keberkatan umur tu..pendek umur takpe, panjang umur pun takpe..janji berkat..(bos pun angguk-angguk)
****************************
Aku bagi ole-ole kat boss aku aritu dan dia cakap ni..
"Thanks Maya..saya doakan rezeki dan umur awak diberkati.."
Erm..nampaknya boss tangkap ape yang aku cakap hari tu..alhamdulillah..
*************************************
Aku just nak berkongsi apa yang telinga aku dengar malam tadi dari corong radio.. walaupun zaman sekarang tiada lagi lampu dinding (minyak tanah) dan corong radio (sebab semua orang pakai speaker)..
HIDUP INI BAGAI LAMPU DINDING YANG DINYALAKAN DI MALAM HARI APABILA MINYAK SUDAH KERING IA AKAN PASTI PADAM SENDIRI BEGITU JUGA MANUSIA..
Ustaz yang beri tazkirah semalam cakap, untung lagi jadi lampu dinding, sebab jika minyaknya habis, boleh diisi lagi..tapi lain pula tentang manusia, tiada 'isian semula'..nyalaan 'hidup' itu hanya sekali..jika ditakdirkan minyaknya sedikit maka pendeklah tempoh nyalaannya..jika untung, maka lama la ia menyala.. betul juga..
Ustaz kemudian kaitkan tentang hidup manusia dengan amal solehnya.. Amal Soleh bukan sahaja apa saja yang kita lakukan di 'masjid'..amal soleh ni macam2... Jadi ayat-ayat seperti..
"Mak dah tua.. toksah la bawak anak-anak engkau datang sini.. tak larat mak nak jaga, patutnya waktu begini mak pegi masjid.."
kata ustaz, dialog di atas..tak sepatutnya berlaku..
Kerana... Amal soleh itu pelbagai..even menggembirakan hati orang juga termasuk sebagai amal soleh..tak perlu tunggu sehingga nak ke masjid..jika menjaga cucu membuat hati anak2 dan cucu2 gembira, maka kita sudah skor! Jadi jika muffin dan kek keju aku dah menggembirakan hati manusia sekeliling aku, kira ok la kan :) ermm..masih boleh improve.. hehehe
Ustaz kata, ketika Rasulullah sudah menghampiri ajalnya, baginda bukan sibuk menyendiri di masjid, tetapi Baginda sibuk mengelokkan hubungan Baginda dengan MANUSIA..baginda bersama isteri-isterinya, cucunya, jirannya, sahabat-sahabatnya..kerana keharmonian ini penting..jika ini amalan Rasulullah, maka siapa kita untuk mempertikaikannya..???
So, jika membuang duri di jalanan juga dikira sebagai pahala, aku pasti kita semua boleh lakukan yang lebih baik dari itu..BE SMART!
Di suatu Subuh, sebulan yang lalu..Ummi berpesan kat aku..
"Kalau kita pilik akhirat, dunia akan kejar kita.. Tapi kalau kita pilih dunia, akhirat akan tinggalkan kita.."
Pastu aku fikir..macam mana nak kejar akhirat..? Sedih juga mengenangkan diri yang dirasakan banyak lalai..aku fikir dan terus berfikir...
Suatu malam, sekali lagi, di corong radio, aku dengar ayat-ayat ini dibacakan..ustaz tu menafsirkannya...
Dan pada masa tu aku rasa..ini rupanya jawapan kepada persoalan aku..macam mana aku tak 'nampak' sebelum ini.. Surah Al-Lail..
﴿إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّى﴾ 4. sesungguhnya usahamu memang berbeda-beda.
﴿فَأَمَّا مَنْ أَعْطى وَ اتَّقى﴾ 5. Adapun orang yang memberi (menginfakkan hartanya di jalan Allah) dan bertakwa,
﴿وَ صَدَّقَ بِالْحُسْنى﴾ 6. dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga),
﴿فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرى﴾ 7. maka Kami kelak akan menempatkannya di jalan yang mudah (mempermudahkan urusannya)
Allah yang sayangkan aku tu..telah jawab soalan aku.. MUDAH sahaja nak pilih akhirat..
Rajin memberi (bersedekah..membantu dengan tulang 4 kerat..dll)
Bertaqwa (errm..ini mencabar sikit..tapi kita kena sentiasa cuba mem'baik'kan diri kan?)
Membenarkan adanya perkara baik (dan percaya berbuat baik, dibalas baik..)
Seterusnya dengan mudahnya Allah akan mudahkan urusan kita..(urusan kita kan pastilah di dunia dan di akhirat kan? kan?) See..'dunia akan kejar kita..' bantu kita jadi 'soleh'..wow!!
Tapi ada sambungannya..
﴿وَ أَمَّا مَنْ بَخِلَ وَ اسْتَغْنى﴾ 8. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup,
﴿وَ كَذَّبَ بِالْحُسْنى﴾ 9. serta mendustakan pahala yang terbaik,
﴿فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرى﴾ 10. maka kelak Kami akan menempatkannya di jalan yang sukar.
﴿وَما يُغْني عَنْهُ مالُهُ إِذا تَرَدَّى﴾ 11. Dan hartanya tidak akan bermanfaat baginya ketika ia telah terjerumus (ke dalam neraka Jahanam).
﴿إِنَّ عَلَيْنا لَلْهُدى﴾ 12. Sesungguhnya kewajiban Kami-lah memberi petunjuk,
﴿وَ إِنَّ لَنا لَلْآخِرَةَ وَ الْأُولى﴾ 13. dan sesungguhnya kepunyaan Kami-lah akhirat dan dunia.
Haa...ingat ni..
siapa yang BAKHIL aka Kedekut, Kikir, Taik Idong Masin, (tak kira la kedekut harta ke kederat ke, kedekut ilmu ke...)
dan orang2 yang berpendapat dan suka cakap "buat baik, buat jahat sama je.."
TUHAN dah warning, Dia dengan mudahnya (tiada yang susah buat Tuhan) akan 'susah'kan hidup kita..harta kamu tu takde maknanya mase Dia campak kamu dalam neraka..sendiri mau ingat sebab dunia dan akhirat semua adalah milik Dia.
Huhu...sungguh menyentuh hati aku...gerun rasanya..tapi aku rasa seronok bila jawapan ni aku dapat...Terima Kasih Allah!
NOTA: Sila baca sepenuhnya surah ini..sesungguhnya ia adalah surah yang indah! :)
An article i wrote for a contest. Menang No.2. Ok la tu..
I have always been fascinated by the natural world. I even have a nickname, ‘Maya Ijau’, which means green-Maya. The excitement of learning and experimenting new thing always gives me a jolt and I’m enjoying it. With respect to the environment, me my family choose to recycle. We try our best to manage our waste of the day by separating it by its type. In relation to water conservation, it made me think. Have I done anything to conserve our precious water? So I did some internet surfing just to see what can be done. These are some of the things I have been practicing without knowing it actually helps to conserve water.
I usually turn off water while washing my hair and brushing my teeth. When using the toilet, I drop the tissues in the trash instead of flushing it and save water every time. I also shorten my shower most of the time and I prefer to use the shower as bath tub requires more water. Then just now I got new tip that said I can do more by keeping a bucket in the shower to catch water as it warms up or runs. Use this water to flush toilets or water plants.
Cleaning is one of our unavoidable daily chores. When doing laundry, I usually match the water level to the size of the load and run my clothes washer only when they are full. One thing I notice is there were too cups, glasses to be washed everyday especially when all of my family members were at home. So, the next time they come I will ask everyone to designate one glass for drinking water or get themselves refillable water bottle. This will cut down on the number of glasses to wash. I also hope that I will be more active to collect the water used for rinsing fruits and vegetables then reuse it to water houseplants.
Living in the tropical region, most of the time we enjoy cold drinks. The next tips I’m going to apply for cold drinks are to keep pitchers of water in the refrigerator instead of running the tap. This way, every drop goes down to me and not the drain. During my day out and when I have ice left in my cup from a take-out restaurant, I will not throw it in the trash; instead I will dump it on a plant. This is so easy.
The next tip is very vital for the public. It is important for everybody to responsible to report any broken pipes, open hydrants and errant sprinklers to the property owner or the water provider. This will help to save water and most importantly it saves public money.
I’m sure that everybody has done something that contributes to water conservation but most of us are not aware of that. The activities will remain the same, but when we put a value to it, as for this reason it will for water conservation, we will appreciate it more and we will definitely gain self-satisfaction, that’s for sure. So the next thing I would do is to share water conservation tips with my friends, family, neighbors and all fellow bloggers out there. It is tedious work but hopefully our small daily contribution will help to save our precious water and Mother Nature.
Cantik betul awak aritu..tak puas mata memandang..berseri2 betul pengantin nih.. Awak, saya mintak maaf saya nanges kat kenduri awak..peluk awak beriya-riya macam orang mati mak..huhu..habis tiara atas kepala awak kan..drama queen!
Perasaan bercampu baur..sedih pun ya, gembira pun ya..rindu sudah pasti..
Diana yang Maya sayang..awak selalu buat saya ketawa..dengan awak boleh manja2..sebenarnya saya ni keras cam batu, tapi bile kawan dengan awak, licha n tim..saya pun cair..hehehehe.. Saya tahu saya ni moody, salu je termarah, terkasar bahasa..mintak maaf banyak2.. tapi ketahuilah saya sayang korang..
Jadi bile mengenangkan hari istimewa licha n tim yang dah terlepas dek kerana tuntutan kerja, saya betul2 berharap dapat datang kenduri awak..memeriahkan, tolong2 mane patut.. hari nikah awak saya kena g meeting..jadi hari sabtu, saya bajet mesti datang awal..berjanji bagai nak rak dengan Hilmi dan Suci..nk jumpa sama2..nak jumpa Licha n Tim...tuhan sajelah yang tahu rindu saya kat korang ni..tapi kalo pegi sorang, sure awak akan tanya, mane ummi, fiqri, adik2..maka saya decide nak bawak semua org.. maka, pagi Sabtu, saya tolong teman ummi hantar barang..dan terlewatlah pulang kerana bagi laluan orang tua bersembang, nak mencelah tak sampai hati..Nak bersiap tup tup dah kol 2.. paling tak dapat nak terima, atas kecuaian sendiri tak perati kad betul2..
mungkin saya dok ingat awak cakap nak kawen kat masjid..kad pulak tertinggal di pejabat..
maka saya sampailah di sungai penchala..huhu..kecewanya tuhan aje yang tahu..dah terbayang2 muka kawan2..Ya Allah..kami merancang Tuhan menentukan..maka saya mula la meleleh air mata..pastu nanges sedu2...ummi tegur, nape nanges, cam tak redha tuhan uji sikit..tapi ntahlah..kecewa kot.. tapi mujurlah sg.buloh tu dekat..Tim tolong sms alamat, dan Kg. Kubu Gajah tu saya biasa pegi.. itulah kesah saya nak menyampaikan diri ke kenduri kamu..sebab itu saya tak dapat tahan hujan nak turun kat bahu pengantin.. Dengan ibu pun nak berjasa, dengan kawan baik juga tak dilupa..pohon ampun dan maaf ya.. ralat betul gambar pun takde..tapi takpe la..semua masih segar dalam hati dan minda..senyuman manis awak kite ingat sampai bila2..hehehe
akhir kata, selamat melayari bahtera rumah tangga..banyakkan bersabar dan toleransi..selamat bercinta hingga ke syurga..!!! :)
Posting jam 3.38 pagi.. Malam tadi tido awal.. Kenapa? Kerana aku rasa sangat terganggu dengan berita tentang serangan Mavi Marmara.. Serba tak kena, sedih bercampur marah dan kesal..huhuhu.. Start jam 2.30ptg tadi mula dapat SMS dan email.. Paparan berita dan update di facebook.. Jap jap aku meremang bulu roma, jap jap nanges, jap jap termenung.. Pastu aku ambik keputusan untuk tidur untuk menenangkan hati yang resah gelisah..
Kenapalah zalim betul bangsa Zionis ni..???
Lembiknya maya ni kan..?? Tapi bab bab kemanusiaan selalu buat aku sensitif la..sama cam mase Iraq kena serang dulu, mase Tsunami..ini la kojo den..emo emo emo..nangehhh...
p/s: i wish i could understand Arabic and Turkish better so that i can understand the news..
Ya, saya gilakan kereta ini..saya betul betul gilakan kereta ini. Munasabah? Pastinya..tunggu dan lihat nanti..
Korang penah tak lihat mata orang dilamun cinta? Pepatah melayu ada berkata,
"dari mata turun ke hati.."
tapi sebenarnya signal ini dua hala..sebab..
"dari hati juga boleh naik ke mata.."
Bab mata ni unik skit.maybe it's a gift..for those who know me, you will notice my eye's unique feature..>>don't have to say it, because i can sense it..i can see it in your eyes..the best was like 5 years ago..the affection in his eyes is unforgettable until now..
Sometime even when i sensed it, i always have this 'sangka baik' mode. so most of the time i just ignored it..but then..later on it will make sense..but most of the time it was too late.. I am slow, aren't I? hahahaha!!!! There are a few more recently, different pair of eyes..well, admiring is ok because i admire people too..but as i said, i can see it in your eyes..but don't worry..none taken when none was said..so if you really mean it, say it out loud..no need to juggle around~ :P
Hari nih aku berjaya derma darah.. Cubaan sebelum ini iaitu pada bulan Januari penuh drama.. Drama: Jururawat terkial-kial, banyak masalah..darah tak keluar, tangan bengkak..aku naik hangin
Hari nih aku pergi lagi.. Kali ni aku ade strategi..cuba elakkan jururawat yang sama..(setelah melihat makcik tu ade..huhu) aku buat2 telefon bile die datang approach aku..aku tunggu sampai dia attend orang lain baru aku ambik tempat..hehehe.. Alhamdulillah, everthing went well..sebab Jururawat lain yang attend aku.. yeaaayyyyy!! Bila selesai, aku tengok budak 'malang' yang dicucuk oleh makcik tu bengkak jugak..siap kena sapu ubat...ahah!!! tapi mungkin kebetulan..anyway aku happy OK~
Membelek-belek buku derma tu, dah SEMBILAN tahun aku berkongsi bendalir merah yang suam-suam mengalir ke dalam beg khas tu..aku tengok sekeliling.. syukur sebab ramai yang sudi menderma..tak mengira bangsa..
Biar apa pun warna kulit kita, darah kita tetap sama..merah warnanya..yang membezakan hanyalah jenisnya, A,B,AB dan O. Kalaulah kita ni kedekut, jadi kita dermalah untuk kerabat sebangsa kita sahaja..kan? kan? Buat ape derma untuk orang lain kan? Kalau dah benci bangsa lain, jangan terima darah mereka..cari la kaum kerabat sebangsa kita tu.. Tapi kita tak kisah darah kita pergi pada siapa kan..? asalkan ia bermanfaat untuk menyelamatkan nyawa mereka kan..? Pasti kita juga berharap, jika suatu hari nanti kita pula yang memerlukan bantuan yang sama..berbeg-beg bendalir merah menanti kita juga.
Jadi janganlah kita ni mudah membenci kerana hakikatnya kita sama sahaja..darah kita sama. Jangan kedekut! Mari Menderma!!!!
Salam.. Terpanggil untuk berkongsi artikel ini berkenaan Tudung dan Aurat.. Aku sendiri selalu juga mati kutu bila nak beri komen bila dihadapkan dengan soalan seperti
"Pakai tudung tapi perangai buruk..."
Boleh paham gambarajah ni?? Ini bukan telor mata lembu atau telor masin.
Gambarajah bulatan ini akan dapat difahami setelah anda fahami erti sebenar tudung dan aurat dalam artikel ini. Kemudian anda buat keputusan, apakah hubungkait tudung dan aurat-- A atau B?
Masih anda ingat entry ini "Budak Bertuah" boleh klik jika belum baca, jadi anda akan lebih paham entry ini..
Setelah aku pulang ke Malaysia selepas merantau di Bumi Allah.. Aku suka bercerita pengalaman-pengalaman aku di sana..suatu hari aku beritahu Ummi (Ibu) tentang insiden-insiden 'wish come true' di sana.. Ummi hanya tersenyum dan menjawab..
"Maya tahu tak setiap hari doa Ummi untuk Maya tak pernah lekang..Ummi doa urusan Maya sentiasa dipermudahkan.."
Masa tu aku rasa memang akulah manusia paling bertuah dalam dunia..siapa yang tak bertuah mempunyai ibu..yang sentiasa berdoa untuk anak-anaknya.. Doa ibu bagaikan perisai aku..tuah aku..
Tapi sejauh mana daya anak untuk sentiasa ingat pada ibu mereka..sedangkan ibu sentiasa mengingati anak-anak? Setiap hari bila aku tengok wajah Ummi..makin ketara kedut di matanya..makin banyak uban kelihatan..hati kecil aku pasti berkata..
"Ya Allah, kau berkatilah umurnya, biar berbaloi setiap kedutnya, uban di kepalanya, sakit badannya.. Ya Allah, apalah dayaku nak membalas jasanya yang pasti tidak mampu ku balas.."
Rasulullah pernah berpesan, ganjaran berbuat baik pada kedua ibu bapa sama ganjarannya seperti berjihad di medan perang". Jadi kita mesti work smart..
Aku harap 'tuah' aku berpanjangan..sentiasa dilimpahi kerahmatan..
Pranko tu setem (Bahasa Indonesia. Bibik aku ajar..).. Ada kawan aku yang aku suka panggil dengan nama tu, teringat plak kat die.. :P
Hari ni nak citer pasal berterus-terang.. sejauh mana kemampuan aku..?? mari kita mulakan..
Disclaimer: Ini cerita benar. Jadi saya harap orang itu tidak baca..
Pada suatu malam, aku bersama ibu dan abang pergi menghadiri satu konsert amal..
Maka ada sorang Macha ni jadi MC untuk konsert tersebut..Macha ini sangat kami kenali kerana suaranya sering ke udara di corong-corong radio..dan gaya macha ini selalu menjadi bahan ketawa kami adik beradik.. (Disclaimer: Gayanya sahaja yang menjadi bahan ketawa..)
Today i met more than 2 dozens of new faces..in a so-called strangers-get-together kinda thing. So i came up with these taglines...for ice breaking purpose..
"Hi, the name is Maya, as in Maya Karin, but EXTRA LARGE.."
Disclaimer: Only applicable in Malaysia and places where they know who Maya Karin is..
In case people are speaking to you about self-discovery, you can menyampuk with..
"I tried to google myself yesterday, but couldn't find any.."
And whenever you are trying to make up after being so anoyying, you can say..
"I am so sengal, I need somebody to paste a KOYOK on my brain.."
I really need some sleep..because i just gone through a very interesting, eye-opening experience in one day..need to do a temporary shut down to recover all the data..Nite peeps!!
Semalam terima email dari rakan sekerja yang bertanyakan pendapat tentang logo yang dikemukakan untuk projek kami. Secara keseluruhannya aku suka logo tu, dan itulah komen aku.aku cakap, well done, i like it. cuma perlu kemaskan logo institut. tu je.
Pagi tadi aku terima email dari rakan lain yang memberi komen tentang warna, bintik-bintik itu apa, daun kena runcing..
I need to submit a translation my boss asked me to finish by yesterday evening..(hehe..you know what i mean..actually the work is pending because i know that the person whom i should send the translation to is currently at Tenggol Island for a dive there..so i am taking my own sweet time la..yeahhhhh...)
Well, my comel car is having a fever. Currently 'mogok'ing, tak boleh start..and the best part is i dont even bothered to take it to the workshop..why? because i have decided to do some Chillaxing this weekend. Dont want to stress myself talking to the mechanics, dont want to think about the money to be paid to them for the problem caused..
i was so lucky to have good and helpful neighbours.. Mrs. A and Mr. H. Mrs. A was not well and got herself an MC, so i got a ride with Mr. H. Mr. H was very kind to even take me to Putrajaya for an errand there.. On the way to Putrajaya we talked about our plans for the coming weekends.. I told him that I want to stay at home doing nothing..
aku tak pandai nak tweet tweet kat tweeter.. jadi aku masih kena buat posting..heheheh kecamuk la kepala ni.. aku rase nak lari..penat arr... bukan jogging..hehehe nak lari dari kesibukan ni buat seketika.. sebab kesibukan ini tak akan berhenti..
pastu aku rasa aku takde masa untuk diri sendiri.. takde masa nak khidmat untuk ibu ayah.. takde masa nak khidmat untuk masyarakat..
aku yang tak pandai mengurusnya sebab Allah yang Maha Adil tu beli semua orang 24 jam, tidak lebih tidak kurang!
rindu masa-masa terluang dulu yang banyak digunakan menghadiri ceramah, kelas tafsir Al-Quran semasa cuti semester..rindu zaman-zaman salu buat kerja sukarelawan..rindu saat-saat ada masa meluah rasa di atas kanvas dengan pelbagai warna..
aku tgh pintal nasik dgn ikan bilis goreng dikawankan dengan bawang dan kentang goreng.. huish, berhantu lauk ni, tiga kali tambah nasik..bila tambah lauk, nasik habes..bila tambah nasik, lauk habes..tu yang tak habes2 makan tu..ekekeke..
aku baru sampai dari Alor Star..kelaparan dan kepenatan..rasa nak rehat sampai ujung minggu tapi banyak plak panggilan mesyuarat minggu ni.. aduh..penat btul perjalanan kali ni..demam..hilang suara..dan UTARA SEMENANJUNG MALAYSIA SANGAT PANAS...kalo panas tapi berangin takpe gak..basah lenjun baju.. dalam keadaan tubuh badan yang tak berapa sihat, semua jadi serba tak kena..huhuh... boleh dikatakan trip kali ni yang paling mencabar.. kerana apabila kudrat dan suara yang sepatutnya menjadi aset utama kerja tak dapat digunakan sebaiknya..
ntah ape nak citer sbenarnye dah lupe..rase nak tido plakk..zzzZZZ!!
Tadi tertengok blog Cik Airadiana, Pastu tersuka template blog dia, Pastu tercarik designer blog dia, Pastu terpilih skin baru blog saya, Dan akhirnya tertukar skin blog Maya..
Hahahaha, Juga tertukar lagu.. Jemu juga tema black and white dan lagu flightless bird tu..
So, here it is, Dark brown and Pink.. a very tasty combination..Reminds me of Chocolate and Strawberry !
Buku pasal Haji. Aku dah pasang niat nak pergi haji di usia muda, bukan masa lutut dah kurang lubricant..so instead of reading the 'practical book' i choose to read the experience of others first..aku beli dua buku ni tapi belum sempat baca, bagi peluang kat Mak baca dulu..tapi pastu abang pulak baca..takpe2..
Book worm..diterjemahkan kepada ulat buku..kenapa bukan cacing buku..??
Soalan yang terlintas dalam kepala aku 2 MINGGU lepas..
Life has been so tremendously busy this year. seriously this year is the most busy since i started working as a researcher in 2005.
My nature of work is travelling to find good stuffs...haha..sound interesting haa..usually me and my team will go out on weekly basis..select a state and decice which species of FRUIT to find. and i got paid just by dooing these thingss...hahahha..just kidding..
I myself have this experience and i did my thinking tooo (not a thousand times though)..so just becareful. Looks like I need to find a local man..*wink* ----------------------------------------------------------------------
By Shaza Dzulkifly, 3/1/2010
Rais Yatim says: think "a thousand times" before entering a mixed marriage According to studies only three out of ten mixed marriages work. In response, Information, Communication and Culture Minister, Rais Yatim has cautioned that young people should think “a thousand times” before committing to such unions.
The minister cautioned that incidents of marriage breakups involving Caucasians (coloquially referred to as mat salleh) happened more frequently, as compared to thove involving other ethnics group.
erm.. pukul 3 ptg tadi aku tiba di rumah dari Port Dickson.Penat. Sampai je, letak beg, tukar baju dan tidur...pukul 5.30 ptg terjaga. Bengong jap. Sebab aku tak biasa tidur petang.. Pegawai-pegawai seperti kami ini telah mengorbankan cuti panjang kami untuk sama-sama duduk dalam dewan untuk menjalani pemantauan projek penyelidikan. Baru sedar ramai juga warga SR ni..besar rupanya keluarga kami. Dalam keluarga yang besar ni, ada dua orang insan yang aku sayang sangat..mereka ialah kawan baekkkk aku..Pokcik dan Mokcik..kat PD baru ni kami berpeluang untuk duduk sebelah menyebelah..gamat!! ade je nk sembang.. :P
Toyota chiefs blame rapid rise, admit recalls insufficient
Under fire from angry US lawmakers, Toyota chiefs admitted Tuesday that massive recalls had "not totally" addressed acceleration problems and blamed their safety woes on the company's rapid rise to world number one automaker.
In contrite remarks to be delivered in front of a congressional committee in Washington Wednesday, the Japanese auto giant's embattled president Akio Toyoda said his company's "too quick" growth had outstripped safety needs.
"I regret that this has resulted in the safety issues described in the recalls we face today, and I am deeply sorry for any accidents that Toyota drivers have experienced," Toyoda said in prepared remarks obtained by AFP.
I'm feeling 50% better today~ It feels better just to say it out loud (i mean, out loud in this blog..hehe) I managed to complete half of my kerja-kerja tempe (dah jadi tempe sbb lame sangat peram). It is definitely a therapy for me.
rumah aku ni salu pasang kipas speed 2 aje,la ni kalo boleh nak pasang speed 5..tapi terbang plak apartment ni nanti..huhu..
bila aku cek suhu di internet, 30 darjah, tapi kulit dan peluh aku kata: beda'ah la..30 darjah..basah baju mase tido bawah kipas pun..tapi sebenarnya panas ni cuma masalah kecil.
aku sebenarnya dihimpit rasa KECEWA. It's complicated. bukan pasal cintan tapi lebih kepada soal hidup. aku nak kecewa ini pergi jauh...sebab yang aku carik sekarang ialah harapan!!!
tidak sesuai aku ceritakan di sini mengapa aku rasa kecewa, cuma perasaan ni membuat aku tidak mahu bergerak. tersangkut. kerja di pejabat banyak yang terganggu kerana aku tidak boleh fokus. aku tahu aku patut keluar dari masalah ini, tapi ketahuilah bahawa aku sedang berusaha sedaya upaya..USAHA!!! Arrghhhh...
AKTIVITI aku hari ini: tidur, bangun, masak, makan, pikir kena buat keje yg tertangguh, detour, tidur lagi bagus, bangun, solat, menung, makan, menung..solat, buat lawak sengal dgn adik2, kerah adik2 bersiap untuk hantar balik asrama, drive, minum SLURPEE sbb hari sangat panas, drop adik2, singgah beli nasik ayam, balik, solat, makan, tengok tv, pikir nak siapkan keje tertangguh, detour, sign ini blogger.com dan buat posting ini..
ape nak jadi dengan aku ni..?? ni masalah patah hati ke apa..?? yeah you can still see me smiling, but that is just the surface. I need strength just to get through this. Anybody care to lend a hand?
Perhaps i need to let go, redha.. But let time healssss... Aku tahu Tuhan uji hamba yang dia sayang, so Dia sayang aku..huhu..tolong aku Tuhan, hambaMu ini terasa amat lemah..
A beautiful song i heard in a movie entitled Adam. A love story between a girl with an Aspergers' syndrome guy.
so what is Aspergers' syndrome? click here Asperger's syndrome, also called Asperger's disorder, is a type of pervasive development disorder (PDD). PDDs are a group of conditions that involve delays in the development of many basic skills, most notably the ability to socialize with others, to communicate, and to use imagination. Although Asperger's syndrome is similar in some ways to autism -- another, more severe type of PDD -- there are some important differences. Children with Asperger's syndrome typically function better than do those with autism. In addition, children with Asperger's syndrome generally have normal intelligence and near-normal language development, although they may develop problems communicating as they get older.
Yesterday when you were young Everything you needed done was done for you Now you do it on your own But you find you're all alone, what can you do?
You and me walk on, walk on, walk on 'Cause you can't go back now
You know there will be days When you're so tired That you can't take another step The night will have no stars And you'll think you've gone as far As you will ever get
You and me walk on, walk on, walk on 'Cause you can't go back now
And yeah, yeah, you go where you want to go Yeah, yeah, be what you want to be If you ever turn around, you'll see me
I can't really say Why everybody wishes they were somewhere else But in the end, the only steps that matter Are the ones you take all by yourself
You and me walk on, walk on, walk on Yeah, you and me walk on, walk on, walk on 'Cause you can't go back now Walk on, walk on, walk on You can't go back now
Where is this place..?? this is Avillion Admiral Cove Hotel, Port Dickson. Such a nice place, good food, good hospitality. but I love the swimming pool the most! coz I've perfected my skills of swimming there..previously i was a lousy swimmer..thanks to Dr. Jamil and the gang for inviting two swimming instructors..we had 3 two-hour sessions..they taught us free-style & breast stroke..so i am happy that i managed to learn both of it. Next two weeks we'll be heading to Kenyir lake..so it is time to practice :P owh. i forgot to tell this. I broke my glasses last week. I was partially blind for a few days ahahaha!! I wore my sunglass day and nite, and my colleagues called me JLo..LOL!! I even can't differentiate between meet slices and kuew tiao goreng..aiyak..so that was it, i went to the nearest town and bought myself a pair of contact lens. FYI, it has been more than five years since the last time i wear any contact lens. I am so comfortable with my so called other pair of eyes --spek--So i took some photos, in case i need to make a comparison for the years to come.hehee..
p/s: susah btol nak lipat tudung!! OMG EYEBAGSSS reveiled..plus i look so motherly laaa, lost my funkiness..ewaaahhhh.....cheriossss...nnt hapdet lagi!